Umum mengetahui bahawa jika anda ingin makan di restoran Rembayung Khairul Aming, anda perlulah membuat tempahan atau reservation secara atas talian terlebih dahulu.
Namun untuk membuat tempahan online juga bukan mudah kerana perlu ‘bertarung’ untuk mendapatkan slot yang kosong memandangkan ramai yang mahu menikmati juadah Melayu di sana.
Terkini, Khairul Aming memohon agar para pelanggan yang berjaya menempah slot di Rembayung supaya tidak memuat naik atau berkongsi screenshot atau tangkap layar tempahan yang menampakkan nama, tarikh dan masa tempahan di media sosial.

Artikel berkaitan: “Punyalah toxic” – Netizen Pelik Sikap Individu Kerap’Spam’ Komen Kritik Restoran Khairul Aming
Artikel berkaitan: Pelanggan Datang Jauh Dari Taiping, KA Papar Situasi ‘Live’ Di Restoran Rembayung
Jika anda tetap mahu berkongsi juga screenshot booking restoran Rembayung itu di media sosial, pelanggan dinasihati untuk menutup maklumat penting seperti tarikh, masa dan nama pada tempahan tersebut.
Ini kerana pemilik restoran Rembayung itu risau ada penipu atau scammer yang akan menggunakan tangkap layar tempahan itu untuk menjual tempahan yang tidak wujud kepada orang lain.
Mohon jangan percaya dengan orang yang komen “pm i sis” dekat setiap posting yang tanya “siapa ada slot rembayung?”. Berkemungkinan itu adalah scammer,” – Khairul Aming
Untuk elak kena tipu, lebih baik korang tempah sendiri slot untuk makan di Rembayung.
