in

“Duit itu tiada pada saya” – Ogy Mohon Maaf Konsert Khai Bahar Dibatalkan, Umum Akan Usahakan ‘Refund’

6 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon terkenal Ogy Ahmad Daud mengumumkan pembatalan Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang telah ditunda penganjurannya sejak tahun lepas.


4 11

Melalui sesi temubual bersama Harian Metro, Ogy yang juga merupakan penerbit konsert tersebut menyatakan keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama pihak-pihak yang lebih arif dalam bidang penganjuran acara.

Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud turut menegaskan bahawa pihaknya dengan bantuan peguam sedang berusaha untuk mendapatkan refund kepada peminat-peminat yang telah membeli tiket.

Duit itu tiada pada saya mahupun di dalam syarikat saya. Anda membeli melalui RedTix dan InsyaAllah saya dan peguam saya berusaha untuk mendapatkan refund anda semula.”

Ogy kemudiannya memohon maaf kepada pasukannya serta pasukan Khai Bahar yang telah bersusah payah untuk menjayakan konsert tersebut. Dia turut kesal kerana tidak dapat merealisasikan konsert tersebut setelah usaha yang dijalankan.

Kita hanya mampu merancang, hanya Allah saja yang menentukan. Saya menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf di atas kesulitan yang timbul dan suatu hari dengan izin Allah, saya harap akan dapat bekerjasama dengan Khai Bahar lagi.”

Dalam kenyataan sama, Ogy berterima kasih kepada peminat-peminat Khai Bahar yang masih menanti konsert tersebut walaupun ditunda, malangnya keputusan pembatalan itu adalah muktamad.

Mengikut perancangan asal, Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia sepatutnya berlangsung 27 Mac tahun lepas, bertempat di Istana Budaya.

5 5

Walau bagaimanapun, konsert tersebut terpaksa dibatalkan berikutan penularan Covid-19.

Sumber: Harian Metro

Baca: “Hilang rasa hormat saya” – Penulis Skrip Teater Hilang Sabar Dengan Ogy Ahmad Daud

3 12 1

Sumber: Harian Metro
Sumber: Budley

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.