in

“Hilang rasa hormat saya” – Penulis Skrip Teater Hilang Sabar Dengan Ogy Ahmad Daud

Ogy4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kemelut teater Korupsi Dewan Semandung yang melibatkan Ogy Ahmad Daud dengan krew-krew terlibat ini masih belum berpenghujung apabila penulis skrip yang dikenali sebagai Aloy Paradoks ini ada membuat kenyataan secara terbuka terhadap rasa hilang sabarnya dengan penerbit teater itu.


Ia berikutan dengan kenyataan Ogy Ahmad Daud sebelum ini yang mengatakan dirinya yang sudah bayar 30 peratus deposit kepada krew yang terlibat.

 

 

Betapa ego dan kejamnya Kak Ogy benar-benar mengecewa dan melukakan hati saya.”

Dalam luahan yang diberikan menerusi akaun Facebook dan Twitter itu, Aloy begitu kecewa dengan pelakon veteran tersebut. Malah, dia juga dah mula tawar hati dan hilang rasa hormat terhadap Ogy Ahmad Daud.

Aloy menjelaskan dia memang memerlukan wang tersebut bagi menyara anaknya yang tengah sakit. Bukan suka-suka nak kenyataan terbuka sebegini.

Ogy

Malah Aloy juga ada mendengar desas desus yang mengatakan penerbit itu pernah ada masalah soal membayar orang dalam projek-projek sebelum ini.Bagaimanapun dia sendiri tak tahu kesahihannya.

Ogy1

Walau bagaimanapun Aloy mengatakan yang dia pernah sahaja ada masalah bayar lambat ini tetapi dengan kes Korupsi Dewan Semandung ini dia rasa agak keterlaluan sebab….Baca sambungan di bawah ini.

Ogy2

Katanya, ramai pihak yang terkesan akibat tunggakan bayaran tersebut.

Ogy3

Sebelum ini, Ogy Ahmad Daud ada tampil berikan respon terhadap tuntutan Aloy berkenaan bayaran ini. Katanya kepada mStar,

“Ini saya kena beritahu…bukan saya tak bayar langsung ya! Saya dah beri 30 peratus dan baki masih belum dilunaskan lagi kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan”

Malah katanya, dia kini sedang berusaha dalam mendapatkan wang yang cukup untuk membayar semula baki tunggakan itu.

 

Baca : Ogy Sindir Ellie Bertempik Di Mahkamah?

Ogyy

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.