Kelmarin, berlaku satu letupan di Tak Bai, Thailand ia didakwa dilakukan oleh dua individu yang memasang bom di sebuah kereta.
Apa yang merisaukan, difahamkan dua suspek letupan itu didakwa melarikan diri ke Malaysia, susulan itu, pihak berkuasa Thailand memperketatkan kawalan di sepanjang Sungai Golok.
Jurucakap Markas Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4), Kolonel Kiattisak Neewong berkata, gerakan memburu kedua-dua suspek yang dipercayai terbabit dalam serangan itu dipergiatkan selepas pihaknya menerima arahan daripada Komander Tentera Bahagian Keempat Thailand, Leftenan Jeneral Paisan Nusang.
Artikel berkaitan: “Tong melambung akibat letupan” – Penduduk Panik, Kilang Dipercayai Tempat Simpan Minyak Terbakar
Artikel berkaitan: “Saya hampir pengsan” – Datuk Terkejut Tengok 2 Cucu Cedera Parah, Terkena Let*pan Mercun
Menurut Kosmo!, Paisan sudah meninjau tempat kejadian di Pangkalan Operasi Sukarelawan Keselamatan Salamai di Kampung Khok Mafueang, Mukim Salamai, Tak Bai.
“Beliau telah mengarahkan semua unit keselamatan bekerjasama dalam memantau laluan tertentu khususnya di sepanjang Sungai Golok di sempadan Thailand-Malaysia bagi mengelakkan suspek melarikan diri.
Paisan turut mengarahkan operasi keselamatan di semua pangkalan dipertingkatkan terutamanya di kawasan berisiko menjadi sasaran kumpulan bersenjata,” katanya.
Kiattisak memberitahu, empat anggota sukarelawan pertahanan cedera akibat kekuatan letupan bom yang dipasang pada kereta semasa kejadian tersebut.
Katanya, siasatan awal mendapati, kereta jenis Toyota Vios yang digunakan dalam serangan itu ditukar warna dan dipasang dengan nombor pendaftaran palsu.
“Salah seorang suspek memandu kereta tersebut sebelum keluar apabila tiba di pangkalan operasi. Kereta tersebut dibiarkan bergerak menghampiri kawasan sasaran.
Seorang lagi suspek yang menunggang motosikal datang mengambil pemandu kereta sebelum melarikan diri melalui lorong berhampiran Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Laut Narathiwat,” ujarnya.
Kiattisak berkata, pihak keselamatan sudah mengumpul maklumat, menjejak dan menangkap ramai suspek yang terlibat dalam kejadian keganasan sejak kebelakangan ini.
Sumber: Kosmo!