in

Dua Pesawat Bertembung Di Landasan Lapangan Terbang Haneda Tokyo

Pesawat Bertembung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua buah pesawat penumpang iaitu pesawat Thai Airways dan pesawat EVA Airways dari Taiwan bertembung di landasan lapangan terbang Haneda, Tokyo semalam.

Kejadian itu telah mengakibatkan beberapa penerbangan yang dijadualkan pada ketika itu terpaksa ditunda.


Pesawat Bertembung

Satu daripada empat landasan di lapangan terbang tersebut ditutup dari jam 11 pagi waktu Tokyo.

Pertembungan itu juga telah menyebabkan sebahagian sayap pesawat Thai Airways patah dan serpihannya jatuh berhampiran landasan.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Menurut pihak Thai Airways, kejadian berlaku ketika pesawat yang menuju ke Bangkok itu sedang bersedia untuk berlepas apabila hujung sayap kanannnya bertembung dengan bahagian belakang pesawat EVA yang juga berada di atas landasan.

Namun, setakat ini (ketika artikel ini ditulis), pihak EVA Airways masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kejadian ini.

Sumber: Reuters, Astro AWANI

Baca: Penumpang Diugut Keluar Dari Penerbangan Kerana Anak Menangis Tak Nak Pakai Seatbelt, MYAirline Mohon Maaf

Myairline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.