in

Dua Beradik Cedera Teruk Ketika Bermain Bersama Keluarga di Taman Tema Air di Melaka

Melaka

Setiap orang yang sedang bercuti pasti mahukan percutian yang seronok dan meninggalkan kenangan manis untuk diingati pada masa akan datang.

Tetapi bagi sebuah keluarga ini, percutian mereka di Melaka bertukar menjadi kenangan pahit selepas mereka mengalami kecederaan ketika sedang berseronok di taman tema air.

Melaka1
sumber: facebook

Menurut World of Buzz, 10 sekeluarga berasal dari Johor itu melawati sebuah resort untuk bercuti dan meluangkan masa bersama-sama di taman tema air di situ. Mereka mula bermain di taman itu pada jam 1 petang dan tragedi malang tersebut berlaku kira-kira jam 5.45 petang.

Salah seorang ahli keluarga itu, Jia Wen mengimbas kembali kejadian malang yang menimpa dua adik bongsunya Jia Wei dan Jia Feng.

Melaka2
sumber: facebook

“Pada ketika itu, kami sedang berada di dalam pelampung berbentuk nombor 8 dan sedang menuruni sungai buatan. Saya berada di atas pelampung di belakang mereka (adik beradik yang lain). Satu ombak besar menghempas kami menyebabkan kami tenggelam di dalam air. Selepas berdiri semula, saya sangat terkejut melihat Jia Wei dan Jia Feng cedera teruk.”

“Melihat mereka mengalami pendarahan yang teruk, saya tidak berfikir panjang dan terus membawa mereka untuk mendapatkan rawatan. Namun, tiada seorang pun pekerja yang berada di kawasan berhampiran. Kami hanya terjumpa seorang pekerja selepas agak lama mencari dan kami dibawa ke bilik pertolongan cemas.”

Melaka3
sumber: facebook
Melaka4
sumber: facebook

Kecederaan mereka terlalu serius dan pekerja itu meminta mereka dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Apabila sampai di hospital, doktor memberitahu mereka bahawa luka dialami itu terlalu dalam dan mereka tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk mengendalikan kes itu. Jadi, doktor tersebut menasihatkan mereka untuk pergi ke hospital swasta.

Melaka5
sumber: facebook

Jia Wen juga berkata,

Pengurusan resort tidak peduli mengenai kejadian menimpa kami atau menunjukkan apa-apa kebimbangan dengan keadaan kami. Tiada sebarang permohonan maaf atau penjelasan bagi kemalangan kami; benar-benar tidak bertanggungjawab.”

Dia turut mengingatkan orang ramai untuk tidak bermain di kawasan mereka ditimpa kemalangan itu kerana punca sebenar kecederaan masih tidak diketahui.

Seronok memang seronok tapi bile bercuti make sure anda bersedia dengan kemungkinan ditimpa kemalangan sebegini. Malang tidak berbau!

Baca: Kanak-kanak 9 Tahun Cedera Tangan Kiri Selepas Mercun Bola Meletup Ketika Bermain

Jari