in

“Driver lori dah kena start amik urine test” – Viral Video Lori Terhuyung Hayang, Rupanya Pemandu Positif Dadah

Lori Huyung Hayang Driver Positif Dadah

Satu video yang tersebar di media sosial menunjukkan sebuah lori dalam keadaan terhuyung hayang di lebuh raya mendapat perhatian netizen. Menerusi video tersebut, lori itu dilihat berada di lorong kanan sebelum hilang kawalan dan terbalik di lorong kiri.

Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku di Kilometer 10.9 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke arah Subang, semalam. Pemandu lori berkenaan didapati memandu dalam keadaan mengantuk menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Lori5

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, seorang lelaki yang menunggang motosikal dari arah yang sama tidak sempat mengelak dan terlanggar lori itu (tiada dalam rakaman).

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, lori dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun hilang kawalan secara tiba-tiba kerana pemandunya dipercayai tertidur lalu terbabas.”

Lori2

Selang beberapa minit kemudian, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah yang sama gagal mengelak dan terlanggar lori berkenaan (tiada dalam rakaman).”

Kata Ramsay lagi, pemandu itu bukan sahaja memandu dalam keadaan mengantuk tetapi juga didapati berada di bawah pengaruh dadah. Ujian saringan air kencing mendapati pemandu terbabit positif methamphetamine.

Suspek dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman atas kesalahan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.”

 

Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa di bawah pengaruh dadah.

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.

Baca: Kemalangan Jalan Ipoh: Pemandu Lori Penyebab ‘Accident’ Positif Dadah

Collage 11