in

“Drama je mamat ni”- Netizen Menyampah Dengan Perangai Mengada-ngada Aliff Syukri

habislah datuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kes Aliff Syukri menghina seorang perempuan ‘ugly’ di konsert Gegar Vaganza (GV) baru-baru ni masih lagi tak settle.

Malah setelah mendapat pelbagai tohmahan dan teguran daripada rakan artis di media sosial, Aliff Syukri pulak dikatakan telah jauh hati dan beri hint nak menjauhkan diri dari semua orang lepas apa yang berlaku. Alamak datuk… janganlah macam tu! 


 

Muat naik gambar sedih di tepi tangga, merajuk sampai nak bawa diri

Lagi menambahkan drama, Datuk Aliff ada muat naik gambarnya meratap sedih di tepi tangga dengan beg dan baju-baju bersepah. Sekali pandang macam drama hindustan Kabhi Kushi Kabhie Gham pulak.. Hadoi! 

DrTaW0jVAAAlYP
Sumber: Twitter

 

“Nak blah, blah je lah buat apa up kat Instagram pulak” 

Macam manapun, drama sedih dan merajuk sampai nak bawa diri ni ternyata langsung tak mendapat belas kasihan netizen sebab rata-rata memang dah meluat habis dengan perangai Datuk Aliff. Ada juga yang cakap, Datuk Aliff ni sengaja buat drama hindustan supaya orang simpati dengan dia. Uishh netizen! 

pendramaan 2

pendramaaan
Sumber: Twitter 

 

“Dalam acah-acah konon nak minta simpati pun sempat nak menunjuk… tangga dia luas terbentang” 

Bukan saja isu merajuk yang jadi perbualan netizen, sampaikan tangga besar yang jadi tempat Aliff berposing dramanya pun jadi isu!

Admin tak tahulah nak kesian ke nak gelak ke… tapi netizen siap pertikai kenapa dalam banyak-banyak tempat Aliff pilih di tangga. Nak menunjuk tangga lah tu. Bukan admin cakap, netizen yang cakap ye datuk… 

menunjuk
Sumber: Twitter

 

Rupanya wanita yang dikutuk ‘muka bomoh’ hanya model Datuk Aliff… 

Dalam ramai-ramai sibuk membawang dan cakap itu ini dekat Aliff Syukri, jutawan kosmetik ni akhirya tampil buat pengakuan semalam bahawa gadis yang dia cakap ‘ugly dan muka macam bomoh’ tu rupanya model je pada malam konsert tu. Ah gitew! 

Tapi macam yang semua orang minta, Aliff sudah pun memohon maaf pada gadis terbabit dan Santesh yang datang sebagai artis jemputan pada GV lepas.

https://www.instagram.com/p/Bp1rkiSANnK6ltKgdsJZxGx1bM3yMXVPkV8hKA0/

Macam manapun dengarnya, Datuk Aliff memang dah bawa diri pun dari Malaysia. Tapi dekat je.. hanya di negara jiran, Thailand. Baguslah tu Datuk, bawa anak-anak dan isteri jalan-jalan.

anak aliff
Sumber: Instagram

Apa yang penting, diharapkan Datuk Aliff belajarlah daripada kesilapan lampau dan jangan terlepas cakap lagi. Ingat tak peribahasa, ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’? Take note ye datuk! 

Baca: “I want to find ugly woman to try my product” – Datuk Aliff Dikecam Buat Gimik Produk Tak Kena Tempat

aliff syukri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.