Siapa di sini peminat permainan video Defense of the Ancients 2, atau lebih dikenali sebagai DOTA 2? Rasanya ramai kanak-kanak yang lahir pada tahun 90-an pernah main DOTA 2 kan?
Berita baik buat penggemar DOTA 2, Valve baru sahaja mengumumkan permainan video ini akan dijadikan sebagai siri animasi di Netflix pada penghujung bulan Mac ini.
Poster. #DragonsBlood #Netflix #Dota2 pic.twitter.com/OxKi0CsbqO
— Wykrhm Reddy (@wykrhm) February 19, 2021
Beberapa hero dalam DOTA 2 pula akan menjadi watak penting dalam siri animasi yang diberi nama Dragon’s Blood ini. Antara watak yang dilihat dalam trailer adalah Dragon Knight, Mirana, Invoker dan Luna.
Dota: Dragon's Blood – Cast & Their Characters. #DragonsBlood #Netflix #Dota2 pic.twitter.com/HHoe1EZtp2
— Wykrhm Reddy (@wykrhm) February 19, 2021
Untuk penghasilan siri animasi ini pula, Studio Mir diberi tanggungjawab untuk mengolahkan permainan video ini menjadi satu jalan cerita yang menarik. Untuk rekod, Studio ini pernah menghasilkan Voltron dan The Legend of Korra.
Berita ini pastinya menggembirakan buat peminat DOTA 2 yang sudah lama mengisi masa lapang mereka dengan bermain permainan video ini.
Anda boleh tonton trailer Dragon’s Blood di bawah ini:
NEW DOTA: Dragon's Blood Teaser Trailer!
Premiering March 25th on @netflix, this exciting take on the Dota universe from @ashmasterzero (Thor / X-Men: First Class) is brought to life masterfully by @StudioMir2010 (Voltron / The Legend of Korra)https://t.co/p6y2eMXC8i pic.twitter.com/qWMPTSTMM6
— DOTA 2 (@DOTA2) February 19, 2021
BACA: “Jgn subtitle merapu sudah” – Netizen Sambut Baik Usaha Netflix Buat Sarikata Bahasa Melayu