in

“Dosa besar” – Musim Konvo, PU Salman Tegur Jangan Normalisasikan Beri Hadiah Patung Kepada Orang Dewasa

dosa besar beri patung orang dewasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memberi hadiah bagi meraikan ahli keluarga atau kawan-kawan yang menyertai majlis konvokesyen sudah menjadi kebiasaan sekarang ini.

Bila tiba musim konvokesyen, korang akan perasan ramai peniaga yang menjual jambangan bunga, coklat atau anak patung sebagai hadiah untuk diberikan kepada mereka yang bergelar graduan.


Namun, ada barangan yang tidak sesuai dan tidak patut dinormalisasikan sebagai hadiah untuk orang dewasa iaitu anak patung.

3cbb9e09c4723c9ec6c79dc19d8e9841

Artikel berkaitan: “Ada king crab weh!” – Keluarga Buat Kejutan Hadiah Konvo Macam Rombongan Pengantin

Artikel berkaitan: “Terus makan!” -Dapat ‘Jambangan Nasi’ Lepas Konvo, Graduan Ini Buat Orang Ramai Geli Hati

Dosa besar orang dewasa simpan anak patung

Perkara ini ditegur oleh PU Salman yang sering melihat anak patung menjadi salah satu pilihan untuk diberi kepada graduan.

Menurut beliau, para ulama berpendapat bahawa patung yang menyerupai makhluk bernyawa hukumnya adalah haram.

“Jangan normalisasikan beri hadiah patung kepada yang baru selesai konvokesyen. Ramai sangat yang buat, sedangkan ianya dosa besar.

“Macam patung atau teddy bear yang kecil atau besar, jadi hukum sepakatnya ulama kata haram, tiada khilaf.

“Paling dahsyat azab pada hari kiamat adalah orang yang membuat patung,” ujarnya.

@pusalman

Jangan normalisasikan bagi hadiah ini kpd dewasa @Jawahir Travel & Tours ( JTT ) #dosa #hadiah #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – PU Salman – PU Salman

Jelasnya, menyimpan anak patung hukumnya adalah haram, apatah lagi menjadikannya sebagai hiasan.

“Allah melaknat orang-orang yang membuat patung. Apa yang diharamkan, walaupun menyimpan sahaja juga haram.

“Kecuali untuk kanak-kanak, kerana Saidatina Aisyah bermain dengan anak patung. Yang dah dewasa menerima hadiah patung, hukumnya haram. Hanya untuk kanak-kanak sahaja diharuskan.

“Jadi, jangan normalisasikan memberi hadiah patung kepada individu yang baru sahaja selesai majlis konvokesyen,” tegurnya.

Tambahnya lagi, malaikat rahmat iaitu malaikat yang membawa ketenangan tidak akan masuk ke dalam rumah sekiranya ada patung.

“Bagi hadiah bunga atau coklat tak apa, jangan bagi hadiah patung kepada orang dewasa. Tak boleh, kita beli pun dah tak sah,” katanya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.