Kalau dah namanya manusia, kita sentiasa tak pernah puas dengan apa yang kita ada. Kadang-kadang sampai sanggup cederakan diri sendiri semata-mata nak dapat apa yang kita nak.
Menurut Daily Mail, doktor-doktor pakar Papua New Guinea beri amaran tentang ‘trend’ besarkan zakar dengan menyuntik silikon dan minyak masak yang semakin menjadi-jadi di negara tersebut.
Pakar bedah, Akule Danlop mengatakan, sepanjang dua tahun ini, hospitalnya telah menerima sekurang-kurangnya 500 kes DIY besarkan zakar gone wrong termasuk seorang budak berusia 16 tahun. Amboi, bukan main lagi!
“Ramai antara mereka mempunyai ketulan abnormal pada zakar mereka dan ada juga yang beri kesan pada skrotum mereka. Beberapa orang mengadu ada ulser pada zakar dan ada yang susah untuk kencing kerana kulup mereka membengkak dan tak boleh mengembang.”
Antara kes-kes ini, 90 orang memerlukan pembedahan untuk baiki kerosakan atau bengkak keterlaluan dan ada juga yang tak boleh melakukan hubungan seks semula.
Dr. Akule menambah, sebab utama lelaki memilih untuk melakukan perkara ini kerana mereka mahu memuaskan pasangan mereka dan sebenarnya ramai lagi lelaki yang melakukan prosedur ini tapi mereka takut untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Pakar mempercayai, masalah ini tak hanya berlaku di Papua New Guinea malah ianya perkara biasa berlaku di seluruh dunia.
Mereka kini sedang mengkaji sama ada pendedahan kepada pornografi merupakan salah satu punca lelaki mahu melakukan prosedur ini.
Rasanya dekat Malaysia pun tak terkecuali, macam-macam ubat dijual untuk besarkan zakar. Paling biasa dengar minyak belacak lah. Betul kan?