“Ada doktor sendiri dah berjangkit daripada patient” – Staff Hospital Diarah Pakai Lampin Dewasa, Terlalu Sibuk Untuk Ke Tandas

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Not all heroes wear capes

Di tengah-tengah kekacauan wabak virus Wuhan, ada orang-orang yang mendedikasikan nyawa mereka untuk memastikan pesakit penyakit virus ini mendapat rawatan perubatan yang sepatutnya mereka perlukan.

Malah, penularan Coronavirus di daerah tersebut kian meningkat dengan begitu drastik, lebih menyanyat hati lagi kakitangan hospital terpaksa memakai lampin kerana mereka terlalu sibuk merawat pesakit yang dijangkiti, walaupun hanya mengambil masa beberapa minit untuk menggunakan tandas!

 

Pesakit makin padat, terlalu sibuk untuk ke tandas dan risiko kena virus tinggi

Menurut Business Insider, bandar yang kini digelar sebagai “Zombieland” berada di bawah kuarantin yang belum pernah terjadi.

Netizen di media sosial telah memberi kongsikan situasi kesesakan yang terjadi di Hospital dari negara tersebut. Orang berpusu-pusu dan doktor terpaksa merawat pesakit diatas lantai.

Disebabkan terlalu sibuk dan ramai, The Washington Post melaporkan bahawa kakitangan perubatan diarahkan perlu memakai lampin dewasa kerana, bukan hanya kerana kekurangan mereka juga tak boleh buka alat pelindung mereka walaupun sedikit pun, kerana kebarangkalian risiko terdedah kepada virus itu sangat tinggi.

Sejak penularan virus itu, stok suit pelindung itu semakin berkurangan, malah, pesakit pula semakin bertambah. Jadi mereka kena berjimat supaya tidak buang terus lepas menggunakannya.

“Kami tahu bahawa suitperlindungan yang kami pakai mungkin menjadi yang terakhir, dan kami tidak boleh membazirkan apa-apa,”  kata seorang doktor dari Hospital Union Wuhan  di Weibo.

Tetapi, doktor juga bimbang kerana jumlah pesakit yang semakin meningkat dan kerja tanpa henti juga boleh menyebabkan kakitangan perubatan di bandar itu sendiri menghidap penyakit itu.

 

Doktor sendiri berjangkit daripada pesakit, rahsiakan dan asingkan diri daripada ibu bapa

Candice Qin, seorang ahli terapi yang berpangkalan di Beijing, berkata ada seorang doktor rasa dirinya dah ‘hancur’ dan mengasingkan dirinya di apartmennya setelah mengetahui bahawa dia telah mengidap penyakit itu daripada pesakitnya.

Dia juga tidak dapat memberitahu ibu bapanya kerana dia  ‘rasa tidak berdaya’

“Saya fikir ia adalah tekanan bagi setiap doktor dan setiap jururawat di Wuhan, baik dari segi fizikal dan mental. Kami tahu bahawa pesakit bimbang, tetapi kita perlu ingat bahawa doktor adalah sama seperti manusia “. kata Qin kepada Post.

Kita perlu ingat bahawa doktor dan profesional perubatan mempunyai kehidupan mereka sendiri, dan keluarga. Gadai nyawai semata-mata nak selamatkan nyawa orang. Inilah hero sebenar

 

Baca : “Kalau saya kena jangkit sekalipun, kawan kerja ada” – Nurse Di Hospital Wuhan Enggan ‘Resign’ Demi Membantu Pesakit

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?