in

“Kalau saya kena jangkit sekalipun, kawan kerja ada” – Nurse Di Hospital Wuhan Enggan’Resign’ Demi Membantu Pesakit

Wuhann

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumlah angka kematian di China kini semakin meningkat kepada 25 dan 830 kes jangkitan rentetan penularan virus Wuhan yang meluas dengan begitu ketara sekali.


Disebabkan itu, kakitangan hospital di negara tersebut kini sedang bergegas dan bersengkang mata berikutan dengan peningkatan pesakit-pesakit mereka dari hari ke hari.

 

Tak kisah kalau kena jangkit

A 404608916874326016 768X413 1

Mereka sanggup berdepan dengan risiko jangkitan ini dengan mendekati pesakit-pesakit tersebut. WORLD OF BUZZ melaporkan seramai 15 orang kakitangan hospital telah berjangkit dengan virus tersebut demi menjalankan tugas mereka.

Pihak media dari Wuhan telah membuat liputan untuk melihat bagaimana cara mereka menghadapi situasi sebegini. Salah seorang jururawat dari Hospital di Wuhan init elah menarik perhatian orang ramai terhadap sikap dedikasinya dalam menjalankan tugas.

Katanya, dia langsung tak takut kalau terkena jangkitan:

Saya rasa saya akan baik-baik sahaja sebab saya masih muda…Tapi kalaulah saya betul-betul terkena jangkitan, saya yakin rakan sekerja saya akan selamatkan saya”

 

Kena kerja 3 shift sehari

A 404608929499181056 768X576 1

Bagi menjalani tugasnya, kini jururawat terpaksa memakai satu sut lengkap bersertakan topeng muka bagi mengelakkan diri mereka terkena jangkitan. Proses nak pakai sut tersebut mengambil masa sampai 20 minit.

A 404608902160707584

Mereka kena tukar topeng muka tu setiap 4 jam. Lebih dahsyat lagi, mereka kena bekerja 3 shift sehari. Pagi dalam pukul 8 am hingga 12 pm dan lagi 2 shift tu kene bekerja sehingga 10 jam untuk setiap satu shift.

 

Tak boleh minum banyak air

A 404608919344771072 768X576 1

Memandangkan proses untuk memakai sut tersebut agak rumit, ia akan melecehkan masa mereka untuk ke tandas. Jadi, mereka terpaksa kurangkan minum air, mereka akan minum air sekali sahaja untuk setiap shift supaya tak buang masa pergi tandas.

A 404608904798924800 768X1024 1

Sikap dedikasi mereka ni sampai ke tahap kalau ada jururawat yang demam, dia akan sedaya upaya untuk cuba masuk kerja secepat mungkin bagi menjalani tugas mereka.

Orang-orang perubatan ini secara sukarela mengakui bahawa berada di sebuah hospital di Wuhan untuk jangka waktu yang lama boleh menjadi salah satu tempat yang paling berbahaya, tetapi mereka enggan untuk meninggalkan orang-orang yang memerlukan bantuan mereka.

Inilah hero sebenar, harap mereka disana baik-baik sahaja.

 

Baca : “Tiba-tiba rebah” – [VIDEO] Ramai Penduduk Dijumpai ‘Mati’ Terbaring di Merata Tempat Sekitar Wuhan

Wuhan2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.