in

Doktor Kongsi Cara Mudah Untuk Keluarkan Serangga Yang Masuk Dalam Telinga

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak ada pengalaman serangga masuk dalam telinga? Paling biasa berlaku bila tengah tidur atau tengah buat aktiviti dalam hutan.


Menurut Healthline, bila serangga masuk dalam telinga korang, ia boleh mati dekat dalam tu. Tapi ada juga kemungkinan serangga ni akan terus hidup dan gali telinga korang untuk cari jalan keluar. Bila benda ni berlaku, ia boleh sebabkan korang rasa sakit atau tak selesa. Ahhh ghisauuu

Biasanya, serangga yang masuk ke dalam telinga ni tak merbahaya pun tapi ada juga yang boleh timbulkan komplikasi.

Simptom serangga masuk telinga

Antara tanda-tanda serangga masuk dalam telinga adalah apabila korang dengar bunyi berdengung atau rasa pergerakan serangga tersebut. Bergantung dengan apa yang serangga tu buat sama ada menggali atau menggigit, korang biasanya akan rasa sakit, bengkak atau tak selasa.

Biasanya orang dewasa tak ada masalah untuk kesan serangga yang masuk ke dalam telinga, tapi bila kena dekat anak-anak memang susah nak tahu. Jadi kalau tiba-tiba anak korang gosok atau garu telinga, mungkin ini petanda ada serangga masuk telinga.

Shutterstock 1446773072

Cara keluarkan serangga yang masuk telinga

Baru-baru ini, Doktor Pakar Bedah Telinga, Hidung Dan Tekak (ENT), Dr Ezairy M. Sallih ada kongsikan tips untuk keluarkan serangga yang masuk ke dalam telinga anak atau telinga sendiri melalui Facebook peribadinya.

Doktor, telinga anak saya masuk serangga. Macam mana nak buat ni?”

  • Letakkan baby oil ke dalam telinga. Serangga akan lemas dan mati. Ada serangga yang akan segera keluar. Selalunya serangga akan mati dengan baby oil, telinga dah tak sakit lagi.
  • Pergi ke mana-mana fasiliti kesihatan. Doktor akan lakukan pemeriksaan. Doktor akan bantu keluarkan serangga sekiranya serangga masih ada dalam telinga

263565671 461321192023497 3791609760065238527 N

Eh senang je rupanya, tapi kalau korang tak boleh jugak keluarkan sendiri make sure cepat-cepat dapatkan bantuan dari pakar. Nanti tak pasal-pasal benda lain pulak jadi. Ok?

 

Baca: Stesen Minyak Ini ‘Diserang’ Jutaan Serangga, Seram Tengok!

Screenshot 2021 12 07 At 2.04.21 Pm

Sumber: Hello Doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.