Masa sekolah dulu, mesti cikgu-cikgu kita marah kalau tulisan cakar ayam. Bukan apa, kalau tulisan kita cakar ayam, mesej yang nak disampaikan tu jadi tak jelas. Orang lain nak baca pun susah kan.
Bila cakap pasal tulisan ni, kita mesti pernah baca tulisan seorang doktor. Tulisan berangkai dari seorang doktor memang susah nak dibaca.
Untuk kali ni, min nak share dengan korang macam mana seorang doktor baca tulisan doktor yang lain. Korang boleh tengok video @dr.basyar di bawah.
@dr.basyar Korang mesti selalu tengok tulisan cacing doktor kan? Jom tengok macam mana nak translate apa benda cacing yang doktor selalu tulis atas kertas tu🤣 #tulisan #doktor #doctor #handwriting #badhandwriting #translate #senawang #klinik #utama #klinikutama #klinikutamasenawang #malaysia #malaysiatiktok #fyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Artikel berkaitan: Doktor Kongsi Kisah Wanita Bersalin Dalam Kereta, Beri Peringatan Buat Bakal Ibu Untuk Bersedia Lebih Awal
Artikel berkaitan: “Cuci mulut cara ini…” – Doktor Kongsi Ilmu Jaga Bayi ‘Newborn’, Penting Untuk ‘First Time Mom’!
Doktor je boleh baca
Surat rujukan ni kalau bagi dekat min, memang min tak boleh baca lah. Susah betul nak faham apa yang ditulis tu. Nanti kalau salah baca jadi benda lain bahaya gak kan. Baik serahkan pada yang pakar.
Biasa kalau tulis laju memang akan jadi macam tu. Tapi persoalannya, doktor tu tulis laju nak pergi mana kan. Ada perlumbaan tulisan paling laju kot.
Ini yang min cakap kalau salah baca jadi benda lain tu. Kesian dekat staff department lain nak faham. Memang tulisan ni doktor je lah yang boleh baca dan faham.
Aduhh kalau jenis dot dan garis nak baca apa pun taktau. Nak tak nak memang kena call balik tanya apa yang dia tulis, baru boleh faham.