in

‘Doktor’ Gila Seks Perdaya Tiga Wanita Mengandung Melakukan Perbuatan Lucah Untuk Puaskan Nafsunya

Doktor

Semakin hari, semakin pelik sikap manusia zaman sekarang. Demi untuk memuaskan nafsu sendiri, seseorang itu sanggup memperdaya wanita yang sedang mengandung.

Tiga wanita mengandung di Besut telah didakwa menjadi mangsa lelaki yang kononnya bergelar ‘doktor’ setelah mereka diperdaya untuk membuat perbuatan lucah melalui panggilan telefon untuk memuaskan nafsu suspek, lapor Sinar Harian.

Subhannallah Inilah 5 Pahala Bagi Wanita Mengandung
gambar hiasan

Lelaki tersebut yang menyamar dengan nama Dr Haji Abu Bakar sebagai pakar perubatan Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) dari Hospital Besut telah menghubungi sebuah klinik Kesihatan Ibu dan Anak untuk meminta maklumat 12 orang ibu mengandung anak sulung dengan tujuan untuk membuat kajian.

Uishh gaya macam bomoh je minta info perempuan mengandung anak sulung! 

Akibat percaya dengan kata-kata penyamar, jururawat telah memberikan butir-butir tersebut tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu.

Image
gambar hiasan

Setelah mendapat informasi yang diperlukan, ‘doktor’ itu menghubungi mangsa dan memperdaya mereka untuk mengikut apa yang diarahkannya. Antara arahan lucah doktor palsu itu ialah dengan meminta mangsa mengurut payudara sendiri dan memegang alat sulit sambil mengeluarkan bunyi. Euww pervert gila! 

Perlakuan itu dilakukan dengan alasan sebagai usaha untuk mengubati sakit yang dihadapi mangsa. Ceh penipu betul! 

Cara Alami Mengatasi Sakit Kepala Saat Hamil Alodokter
gambar hiasan

Namun semuanya terbongkar apabila jururawat yang lepas mula berasa curiga dan menghubungi Hospital Besut bertanyakan tentang pakar berkenaan. Dia mendapati tiada maklumat pegawai perubatan dengan nama berkenaan dan sah dia sudah ditipu!

Bimbang dengan nasib 12 wanita mengandung tadi, pihaknya telah memberi peringatan akan doktor gila seks tersebut namun tiga daripadanya mengaku sudah diperdaya.

Sebab Wanita Hamil Sering Menangis
gambar hiasan

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), ketiga-tiga wanita tersebut tidak menyedari yang mereka ditipu kerana maklumat yang diberikan lelaki tersebut mengenai mangsa adalah betul.

Susulan dari kejadian berkenaan, pihak klinik Kesihatan Ibu dan Anak itu telah membuat laporan polis pada 18 Julai lepas dan nombor telefon lelaki itu juga didapati gagal dihubungi. Sahlah menipu! 

Menurut JKNT, para pesakit diminta untuk berhati-hati akan panggilan tersebut dan mereka yang pernah mendapat panggilan seumpama ini diminta untuk tampil memberi pengesahan dan laporan polis.

Ibu-ibu mengandung pun sekarang diancam lelaki gila seks. Apa nak jadi??

Baca: Lelaki Arab Mengaku Pandai Rawat Penyakit Tetap Didakwa Gila Seks dan Perdaya Wanita

Habibi Habibi