in

‘Doktor Bangla’ Berleluasa Di KL?

Doktor Bangla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanjiran warga Indonesia di negara kita ni membuatkan jamu dan ubatan dari negara seberang makin femes di kalangan masyarakat. Tapi baru-baru ni, terbongkar ubat-ubatan dari Bangladesh juga semakin mendapat tempat lepas ia dijual secara senyap-senyap di premis sekitar KL.


Menerusi siasatan Harian Metro, kemasukan lebih 2 juta warga Bangladesh telah bawa bersama ubat-ubatan yang diragui sebab ia tak ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Kebanyakan ubat ni pulak dijual kat premis yang disewa warga itu sekitar Kota Raya yang kini terkenal sebagai Mini Dhaka.

Bangla 1
sumber: harian metro

Yang lagi best, penjaga premis jugak dah berlagak macam ‘doktor’ pulak sebab dia tahu semua jenis penyakit apa jenis ubat yang sesuai dengan penyakit tu. Wow ni betul-betul Doktor Bangla ni! 

Menerusi pengalaman skuad penyiasat, dorang pada mulanya berpura-pura konon nak beli ubat untuk rakan yang sedang demam. Seorang wanita yang digelar ‘doktor’ oleh warga Bangladesh kat situ kemudian prescribe ubat untuk penyakit yang dimaklumkan tanpa perlu buat apa-apa pemeriksaan fizikal.

Ini antara ubat yang diberikan wanita tersebut yang bertulis bahasa Inggeris dan Benggali.

Bangla 3
sumber: harian metro 

Wanita tu jugak sempat tunjukkan sebakul ubat yang dibawa masuk dari Bangladesh ke sini untuk ubat penyakit gatal dan lain-lain.

Bangla 2
sumber: harian metro

Rata-rata mendapati warga asing di situ lebih selesa dengan ‘doktor’ dari negara asal mereka. Mungkin sebab tulah khidmat ‘Doktor Bangla’ ni agak femes di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin.

Apa-apapun diminta orang ramai dan masyarakat tempatan berhati-hatilah dalam mencuba atau membeli sebarang ubat daripada warga asing. Ubat-ubatan ni semua memang tak ada kelulusan KKM dan takut akan beri efek berbahaya kepada pemakai.

Hati-hati ye semua! 

Baca: Warga Bangladesh Jual Tauge, Pelanggan Jijik Ingin Beli Sayur Daripada Peniaga PATI 

Tauge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.