in

“Doakan kami” – Doktor Sg Buloh Minta Doa Keselamatan Staff Kesihatan Rawat Pesakit Coronavirus Dari Wuhan

Sg Buloh Hospital Staff Ask Msians To Pray For Their Safety As They Treat Infected Wuhan Patients World Of Buzz 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan empat pelancong dari Wuhan, China yang melancong ke Malaysia dari Singapura telah disahkan positif terkena jangkitan novel coronavirus.

Bila pesakit-pesakit ini disahkan mengidap virus ini, mereka telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan rapi di makmal kawalan penyakit di sana.


Sg Buloh Hospital Staff Ask Msians To Pray For Their Safety As They Treat Infected Wuhan Patients World Of Buzz 768X480 1
Gambar hiasan

Berita mengenai coronavirus ini memang merisaukan ramai orang bila ia tiba di negara kita, so memang tak boleh bayanglah apa perasaan staf kesihatan yang kena merawat dan menjaga pesakit-pesakit ni pulak.

Baru-baru ini, Pakar Kanak-kanak Hospital Sungai Buloh, Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi telah memuatnaik tweet mengatakan yang dia perlu oncall untuk merawat dan menjaga pesakit-pesakit dari Wuhan ini pada Isnin lalu serta meminta netizen untuk mendoakan keselamatan staf kesihatan di sana.

https://twitter.com/ctsarahaishah/status/1220937691686064131

Ekoran dari tweet ini, ramai netizen yang mendoakan keselamatan doktor ini dan staf Hospital Sungai Buloh. Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan kenapa kerajaan menerima untuk merawat pelancong-pelancong ini. “Kenapa tak hantar je dorang balik China?”

Screenshot 2020 01 29 At 12.38.20 Pm Screenshot 2020 01 29 At 12.38.40 Pm Screenshot 2020 01 29 At 12.38.54 Pm Screenshot 2020 01 29 At 12.39.36 Pm

Untuk menjawab soalan ini, seorang netizen telah kemukakan sebab-sebabnya di Facebook tentang kenapa pesakit-pesakit ini tak dihantar pulang malah mereka dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Sg Buloh Hospital Staff Ask Msians To Pray For Their Safety As They Treat Infected Wuhan Patients World Of Buzz 2
Gambar hiasan
  1. Hospital Sungai Buloh ada Makmak Kemudahan Kesihatan Awam Kebangsaan dan virus Wuhan ini adalah kuman novel yang membawa maksud virus yang belum pernah ditemui sebelum ini. Tambah pula, makmak di Sungai Buloh ini dah merawat pelbagai penyakit viral lain termasuk SARS, MERS dan Ebola.
  2. Sampel darah pesakit tak boleh sewenang-wenangnya dihantar ke mana-mana makmal di hospital lain, ia perlu di hantar di makmal kesihatan awam kebangsaan yang terletak di Sungai Buloh.
  3. Pesakit-pesakit dari Wuhan ini pula tak menunjukkan apa-apa simptom terkena coronovirus dan hanya menunjukkan simptom jangkitan semasa tiba di Malaysia. Oleh itu, KKM telah mengambil langkah untuk kuarantin pelancong-pelancong ini.
  4. Persoalan kenapa mereka tak dihantar balik pula, risiko untuk orang lain dijangkiti adalah tinggi jadi dari risikokan nyawa orang lain, adalah lebih baik mereka dikuarantin dan dirawat di sini.
  5. Akhir sekali, bukan mudah nak kendalikan virus eksotik seperti ini. Jadi apa yang kita boleh buat adalah bertenang, berdoa dan ambil langkah pencegahan.

So guys, daripada kita persoalkan benda yang kita tak boleh kawal, baik kita ambil langkah berjaga-jaga. Untuk staf kesihatan Sungai Buloh pula, moga urusan anda semua dipermudahkan. Amin.

 

Baca: “Kalau aku mati, korang semua kena mati sekali” – Pesakit ‘Kurang Ajar’ Koyakkan Mask & Ludah Muka Jururawat Di China

Screenshot 2020 01 29 At 12.58.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.