in

Dituduh Tukar Agama, Sharifah Sakinah Tunjuk Bukti Suami Mat Salleh Dah Peluk Islam

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah atau lebih mesra dengan panggilan Kinah telah mengumumkan melalui Instagram bahawa dia telah pun berkahwin dengan kekasihnya Michael Hansen.


Dalam posting tersebut, Kinah menjelaskan bahawa dia terpaksa merahsiakan perkahwinannya atas sebab peribadi dan agama.

Bagaimanapun, selepas pengumuman ini dibuat, ada segelintir netizen yang mempersoalkan status agama suami Kinah sehingga pelakon ini mendapat Direct Message mengatakan wanita ini telah pun menukar agama.

Kinah

Ekoran tuduhan yang agak berat ini, semalam Sharifah Sakinah telah pun memuat naik gambar kad perakuan memeluk agama Islam bagi memberikan bukti bahawa suaminya itu seorang Muslim.

Tambah Kinah, tujuan dia tidak menunjukkan bukti tentang status agama Michael adalah disebabkan tak mahu menimbulkan kekecohan bagi pihak keluarga mentuanya.

Kami tak post bukti sebab tak nak mengharu-birukan keluarga mentua ya. Cuba anak awak tiba-tiba kena convert Hindu, mahu mak awak melenting tak?

Nak sangat bukti swipe la. Terima kasih sebab mengharu-birukan keadaan. Kalau dah cakap, dah la, dah la yak payah buruk sangkat.

Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk, nak jaga hati keluarga sana.”

1471336

Bagaimanapun, posting tersebut telah pun dipadamkan oleh pelakon ini beberapa jam selepas memuat naik gambar bukti ini.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Sharifah Sakinah pernah mendirikan rumahtangga bersama seorang juruterbang Aliff Adha pada 2015 lalu namun bercerai pada Mei 2020. Hasil perkahwinan pertamanya itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan Anais Adha kini berusia lima tahun.

 

Baca: “Cuba tanya dia, kita tak tahu” – Sharifah Sakinah Didakwa Sudah ‘Meninggalkan’ Malaysia, Kakak Jawab Tak Tahu

Screenshot 2022 02 07 At 11.51.11 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.