Bayi 10 bulan menjadi mangsa pengabaian apabila dia ditinggalkan oleh warisnya sejak lahir di hospital.
Lebih menyedihkan, bayi itu merupakan anak istimewa yang menghidap Sindrom Down, kanak-kanak lelaki yang diberi nama Muhamad Ehsan itu kemudiannya dijaga oleh jururawat yang bertugas di hospital berkenaan.
Artikel berkaitan: “Selalunya dia ajak saya bila nak memancing” – Bapa Sedih & Terkejut Dapat Tahu Berita Anak Jatuh Sungai
Artikel berkaitan: Doktor Pelatih Tidur M*ti Sampai Pesakit Di Wad Kecemasan Meninggal Dunia
Pun begitu, hari ini berita sedih menyelubungi media sosial apabila salah seorang jururawat yang menjaganya memuat naik satu video di TikTok dan memberitahu Muhammad Ehsan telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru.
@zila_azila89 Sudah Redha…cuma rindu nk panggil Ehsan..rindu nk mandikan Ehsan,siapkan Ehsan wangi2..lepas Ehsan dh siap mandi wangi2..acik akan pesan dekat Ehsan,cakap terima kasih ya Ehsan…sungguh sunyi Ehsan bila melangkah masuk keja..Ehsan sayang…mesti kamu tengah berlari bermain dengan gembira disana kan sayang..Alfatihah anak syurga @Cik_aar888 @frdeannnn Rindu…dah redha..tapi rindu keletah Ehsan #anaksyurga
“Sudah Redha, cuma rindu nk panggil Ehsan. Rindu nak mandikan Ehsan, siapkan Ehsan wangi-wangi.
Lepas Ehsan dah siap mandi wangi-wangi, acik akan pesan dekat Ehsan, cakap terima kasih ya Ehsan.
Sungguh sunyi Ehsan bila melangkah masuk kerja, Ehsan sayang, mesti kamu tengah berlari bermain dengan gembira di sana kan sayang. Alfatihah anak syurga,” tulisnya di kapsyen.
Rata-rata netizen di ruangan komen mengucapkan terima kasih kepada jururawat itu kerana ikhlas menjaga Muhammad Ehsan sehingga ke akhir hayat.
Semoga Ehsan bawa akak-akak nurse ke syurga…
Sumber: TikTok