in

Ditemukan Sambil Pegang Tasbih, Rakan Dedah Amalan Pemuda Palestin Yang Terkorban

Cats1 1

Situasi meruntun hati di Palestin telah berlangsung hampir sebulan disebabkan tindakan kejam Israel. Disebabkan ni, banyak nyawa mereka yang tak bersalah telah terkorban dek serangan yang tak henti-henti itu. Walaupun begitu, kematian para syuhada di Palestin wajar dijadikan iktibar buat seluruh dunia.

Baru-baru ni, viral satu perkongsian dari Cinta Syria Malaysia di X mengenai seorang pemuda yang mendedahkan amalan rakannya yang terkorban kerana serangan rejim Zionis.

Q1

Menurut pemuda itu, jenazah rakannya yang bernama Mustafa Samil Al-A’raj telah ditemukan sambil tangannya memegang tasbih. Bukan tu je, mayatnya juga berbau haruman kasturi menyebabkan orang ramai berkumpul di sekelilingnya.

Artikel berkaitan: Hebatnya Kuasa Allah! Mayat Rakyat Palestin Berbau Harum Meski Dah 3 Hari Terperangkap Dalam Runtuhan

Artikel berkaitan: “Selamat jalan cucuku” – Doktor Di Palestin Menangis, Peluk Erat Cucu Yang Telah Syahid

Selain itu, pemuda tersebut turut bersumpah bahawa rakannya itu seorang yang gemar pergi ke masjid untuk menunaikan solat.

“Beliau seorang ahli masjid. Demi Allah, aku saksi beliau adalah ahli masjid.”

Tambahan lagi, lelaki itu juga memberitahu orang ramai tentang sifat rakannya setiap kali masuk waktu solat.

“Demi Allah, setiap kali waktu solat, sebelum azan yang kedua, beliaulah yang terawal datang ke masjid.”

Pada masa yang sama, Mustafa sering kali mengajak orang ramai termasuklah rakannya untuk menunaikan solat berjemaah di masjid ketika masih hidup.

“Dia mengajak seluruh penduduk kejiranan untuk solat termasuklah saya (pemuda) dengan menggunakan telefonnya.”

“Jika ada sahabat atau jiran tetangga yang tak hadir ke masjid untuk solat, beliau akan sedih.”

Akhir sekali, pemuda itu turut mendoakan kesejahteraan para syuhada dan rakannya yang sewangi kasturi kerana sentiasa melazimi solat lima waktu di masjid.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengharapkan kematian husnul khatimah seperti yang diperoleh Mustafa.

Cats 13

Moga-moga suatu hari nanti, kita juga akan peroleh pengakhiran yang baik dalam hidup. Amin!

Sumber: X, mStar