in

Disebut Sebagai Tony Stark Celup Oleh Netizen USA, Wak Doyok Tenang Terima Kritikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mohd Azwan Md Nor, atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok bukanlah satu figura yang asing lagi di Malaysia. Wak Doyok merupakan seorang personaliti fesyen yang sering menggayakan pakaian versatil dan mempunyai peminat yang ramai.


Terbaharu, dikatakan nama Wak Doyok mula disebut-sebut oleh negara luar apabila gambar dia bersama sebuah kereta tular di sebuah laman Facebook.

Dalam laman Facebook, seorang netizen ada memuat naik satu hantaran gambar Wak Doyok dengan kapsyen “Love the Shelby Bro”. Difahamkan, kumpulan Facebook ini dicipta bertujuan untuk mengecam mana-mana individu yang mengubah suai kereta.

Dalam ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen Amerika Syarikat mengecam ‘setup’ kereta dan senjata Wak Doyok yang dikatakan palsu dan pelik.

Meninjau di ruangan komen pula, agak mengejutkan apabila netizen Amerika Syarikat juga tidak kurang hebatnya dalam ‘membawang’ tentang sesuatu perkara. Malah, ada yang menyebut Wak Doyok sebagai Tony Stark yang dibeli dari laman web Wish.

 

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian netizen Malaysia, yang rata-ratanya terhibur dengan telatah geng ‘bawang’ netizen Amerika Syarikat. Tidak kurang juga ada yang bersimpati dengan nasib Wak Doyok.

Bagaimanapun, Wak Doyok kekal tenang dan sempat berseloroh dalam satu hantaran di Instagram dengan hashtag #AkuYangPakaikoYangPanas.

BACA“Habis lah kau” – Gara-gara Buat Cincin Lambang Sultan Johor, Tunku Idris Tuntut Penjelasan Wak Doyok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.