in

Disebabkan Seorang Individu Hutang 10 Ah Long, Habis Satu Taman Kena Simbah Cat Merah.

Featured 8

Korang pernah berhadapan dengan Ah Long tak? Sama ada sebagai peminjam, penjamin atau mangsa keadaan? Kalau tak pernah, korang memang untung.

Adalah mimpi ngeri sekiranya korang terpaksa berhadapan dengan geng ceti haram ni. Mereka dikatakan akan melakukan macam-macam demi memastikan korang bayar balik hutang dengan faedah super tinggi yang dorang dah letak..Scary kan?

Giphy

Malangnya itulah yang terpaksa dilalui lelaki ini yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 26 tahun selepas dia terpaksa berhadapan dengan ceti haram disebabkan oleh hutang adiknya.

Tapi bukan hanya Lim sahaja menjadi mangsa kepada Ah Long sebaliknya ceti haram tersebut membuat kacau di kawasan kejiranan Lim di Taman Pendamar Indah, Klang apabila mereka menyimbah cat merah di 14 buah rumah dah 18 buah kereta. Padahal jiran-jiran Lim tak ada kaitan dengan Ah Long tersebut.

Rumah
Sumber : sin chew
Kereta
Sumber : sin chew

Menurut World Of Buzz, perkara itu terpaksa dilaluinya selepas adiknya meletakkan nama Lim sebagai penjamin kepada bukan 1 atau 2 Ah Long sebaliknya kepada 10 Ah Long yang berbeza tanpa pengetahuannya.

Kami dah lama pinggirkan dia sebab dia terlibat dengan kes dadah dan kecurian”

Lebih menakutkan hidup Lim juga diganggu dengan panggilan telefon dari nombor berbeza dan mesej yang didakwanya dari Singapura. Malah dia juga menerima banyak surat ugutan.

Phone

Surat Ugut
Sumber : sin chew

Meskipun dia dan jiran-jirannya telah membuat laporan polis beserta bukti-bukti tersebut, ia tidak pun menakutkan kumpulan ceti haram itu sebaliknya perbuatan Ah Long tersebut semakin menjadi-jadi. Mereka siap hantar klip video mereka melakukan kegiatan keji tersebut sebagai ugutan kepada Lim.

Lebih memburukkan keadaan bila ceti haram ni tetap namakan dia sebagai penjamin meskipun Lim maklumkan yang dia tidak lagi berhubungan dengan adiknya itu, malah dia juga tidak menandatangani sebarang surat jaminan.

Saya tiada sumber kewangan yang stabil dan dah sudah tentu saya tak mampu bayar semua hutang tersebut. Tambahan pula mak saya sedang sakit dan saya perlu jaga mak saya”

Akibat daripada kejadian itu jiran-jirannya terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membersihkan dan membaiki rumah dan kenderaan masing-masing.

Malah ada yang membelanjakan kira-kira RM1,400 bagi membersihkan sebuah kereta yang disimbah cat merah.

Rumah 2
Sumber : china press

Lim berkata dia malu dan pada masa sama berasa sedih terhadap apa yang berlaku kepada kejiranannya.

Dia juga berasa takut untuk keluar rumah ekoran perbuatan Ah Long-Ah Long tersebut yang berkemungkinan akan mengancam nyawanya dan keluarga.

Baca : Pembunuhan Kejam Robert Beckowitz : Dikerat 14 Ditikam 100 Kali Jadi Alat Necrophilia Pembunuh Termasuk Disumbat Kemaluan Sendiri

Robert