Jika di Malaysia, ramai anak muda yang gemar ke kafe-kafe estetik sebab selain nak lepak dengan kawan, kafe-kafe dengan konsep sebegitu juga cantik untuk kita bergambar.
Namun, di Korea Selatan pula, ada sebuah kafe dengan konsep yang lain daripada yang lain apabila bangunan kafe itu direka dengan bentuk seperti serangga belalang!
Memetik laporan Atlas Obscura, kafe yang dinamakan ‘Grasshoper’s Dream’ itu sebenarnya dibina dengan menggunakan gerabak kereta api yang diubah suai menjadi bangunan tersebut.
Siap ada sesungut dan mata lagi tau!
Kafe dengan bentuk belalang itu terletak di lokasi Stesen Gujeol-ri yang sememangnya terkenal dengan aktiviti berbasikal di landasan kereta api lama.
Artikel Berkaitan: “Nak awal kena turun bawah” – Burj Khalifa Miliki 3 Zon Berbeza Waktu Berbuka Puasa
Artikel Berkaitan: “Siapa punya idea ni?” – Ada Bentuk Macam Bakul ‘Picnic’, Ini 4 ‘Design’ Bangunan Unik Di Dunia
Cafe in South Korea made up of two train carriages, each transformed to resemble a giant grasshopper pic.twitter.com/BlRj4svoHo
— Science girl (@gunsnrosesgirl3) November 15, 2023
Difahamkan juga, tingkat bawah kafe itu menjual hidangan pasta manakala tingkat atas pula ialah kafe yang menjual pelbagai jenis minuman dan kopi.
Sumber: Atlas Obscura, Arch2O