in

“Diorang tak tahu tapi jawab betul!” – Netizen Puji Pelancong Malaysia Jawab Kuiz Dalam ‘Show’ Running Man Dengan Mudah

pelancong malaysia jawab kuiz running man

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua pelancong Malaysia mencuri perhatian ramai selepas tular video mereka berjaya membantu ahli Running Man menyelesaikan misi mereka, menerusi episod terbaharu program tersebut.

Dalam perkongsian video itu, dua individu wanita bukan sahaja mengejutkan ahli Running Man, malah turut membanggakan penonton Malaysia.


Menerusi video klip yang dikongsikan, difahamkan misi tersebut memerlukan pelancong menyambung suku kata terakhir perkataan yang diberikan ahli Running Man.

Bagaimanapun, ahli Running Man mengalami sedikit kesukaran untuk menjelaskan misi mereka kepada dua wanita ini kerana mereka hanya fasih berbahasa Inggeris.

Namun, apabila salah seorang ahli menyebut perkataan ‘Gangnam’, tanpa teragak-agak pelancong Malaysia itu terus menyambung dengan jawapan tepat, ‘Namdaemun’.

Artikel berkaitan: ⁠”Semua ingat hanya bergurau” – Ini Reaksi Ahli Running Man Bila Kim Jong-kook Beritahu Mahu Berkahwin

Artikel berkaitan: “Malu oii” – Bintang Running Man Lap Lantai Sebab Bumbung Bocor, Netizen Kritik Pihak Pengurusan

Screenshot 2025 09 22 170325

Screenshot 2025 09 22 170341

 

 

Aksi spontan itu membuatkan semua ahli Running Man bersorak gembira kerana mereka berjaya menyelesaikan cabaran dengan mudah.

Salah seorang daripada mereka yang berkongsi pengalaman tersebut menyatakan perkara itu adalah momen spontan ketika dia dan rakannya melancong ke sana.

One of the random momment in our trip. Tapi otak loading betul sebab tengah proses betul ke Song Ji Hyo depan mata,” ujarnya.

551572382 17895219915304408 1454331343454885742 n

Rata-rata netizen meninggalkan komen berasa bangga dan turut teruja apabila melihat individu dari Malaysia berpeluang muncul dalam rancangan popular Korea Selatan itu.

Screenshot 2025 09 22 170848

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.