Bukan mudah untuk mengecapi kesenangan dalam hidup, kerana di setiap kesenangan pasti ada jatuh bangunnya sendiri.
Tapi siapa sangka, gadis ini yang bercita-cita untuk merubah nasib keluarganya bertukar derita apabila didakwa ditipu oleh seorang usahawan kosmetik.
Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, atau dikenali sebagai Wani Comel menuntut wang pampasan daripada usahawan tersebut selepas dia didakwa dimanipulasi dan dieksploitasi oleh usahawan itu.
Menurut gadis itu, kontrak yang ditandatangani pada September tahun lalu hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja.
Kontrak itu dikatakan bersetuju menjadikan Wani sebagi duta produk kurus keluaran syarikat tersebut.
Diabaikan selepas pembedahan
Pernah memiliki berat sebanyak 300 kilogram (kg), Wani mendakwa ditawarkan tajaan pembedahan potong usus (bariatrik) oleh usahawan kosmetik tersebut.
“Janji jaga kebajikan saya, keluarga saya. Mereka cakap boleh tanggung saya buat pembedahan potong usus (bariatrik), saya setuju. Awalnya saya tidak setuju tapi mereka cakap boleh jamin saya boleh senang.
Namun dia bukan sahaja tidak dapat manfaat yang dijanjikan oleh usahawan tersebut, malah, mendakwa kontrak yang ditandatangani bersifat tidak jelas.
“Perjanjian yang diberi akan tolong saya, keluarga saya dan tolong saya sampai berjaya. Kata nak bagi rumah, bagi kereta menyara hidup saya dan keluarga”
Lebih parah lagi apabila gadis itu mendakwa dia diabaikan oleh usahawan kosmetik itu selepas menjalani pembedahan bariatrik.
“Selepas selesai pembedahan dan keluar dari hospital saya dibiarkan begitu sahaja. Saya tidak buat rawatan susulan sampai sekarang. Laporan kesihatan saya pun tidak dipegang oleh saya tetapi pihak sana (usahawan kosmetik itu),”
Bagaikan jatuh ditimpa tangga, rawatan susulan yang tidak dapat dijalani itu menyebabkan dia mengalami kesan sampingan iaitu sakit perut setiap kali makan.
“Sebelum pembedahan saya tidak sakit pun perut”
Menurutnya lagi, kontrak sebagai duta produk kurus dibuat olehnya sejurus selepas dia selesai menjalani pembedahan tanpa memberi penjelasan terperinci mengenai perkara tersebut.
“Tidak dapat manfaat yang dijanjikan”
Menurut Wani, dia dijanjikan bayaran bulanan sebanyak RM3,500 bagi mempromosikan produk kurus itu, namun sebaliknya dia hanya mendapat kurang daripada RM1,000 sahaja.
Tidak cukup dengan itu, Wani mendakwa pernah digertak oleh wakil usahawan kosmetik tersebut hanya kerana dia menerima bantuan daripada pihak badan bukan kerajaan (NGO) selepas ceritanya mula tersebar.
“Tunaikanlah apa yang dijanjikan”
Gadis itu turut mendakwa dia menerima kecaman daripada netizen menyebabkannya berasa sedih dan tertekan kerana tidak mengetahui perkara yang sebenar.
Wani bagaimanapun tetap akan menuntut usahawan kosmetik tersebut untuk membayar pampasan kepadanya selain upah dan janji-janji yang lain.
Menurut Malaysia Gazette, sekiranya diberikan peluang dia hendak bersemuka dengan usahawan itu dengan dihadiri pihak media dan tidak diletakkan sebarang syarat.
“Tunaikanlah apa yang dijanjikan, saya pun manusia. Saya bukan binatang, bukan. Saya bukan anak lembu bukan anak kucing,”
“Tuntutan bagi pihak sana tujuh hari untuk perkara ini selesai. Kita akan hantar notis kedua jika tidak ada respon sekiranya tidak ada kita terpaksa ambil jalan terakhir, mungkin ke mahkamah,”
Peguam gadis itu yang dikenali sebagai Haziq Aizuddin Subhi memaklumkan surat tuntuan telah dihantar kepada pihak usahawan tersebut selain mengatakan kontrak yang disediakan oleh syarikat itu tidak jelas.
Diharapkan masalah kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan baik…
Baca : Ni macam perli je [GAMBAR] Netizen Sangka Shopee Sindir Usahawan Kosmetik, Betul Ke?