in

Dikecam Netizen Sebab Jemput ‘Hot Daddy’ Dalam Sesi Podcast, Youtuber Beri Penjelasan

Bgtv Jemput Hot Daddy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi trend zaman sekarang para influencer mempunyai saluran Youtube sendiri dan buat sesi podcast membincangkan isu-isu semasa.


Namun tindakan Bros Gang TV (BGTV) yang dikatakan menjemput Hot Daddy atau nama sebenarnya, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, yang terlibat dalam skandal persundalan dan zina itu telah mengundang kritikan ramai.

Individu ini telah didakwa di mahkamah atas tuduhan mempromosi persundalan dengan ramai wanita lain. Namun Hasli Ikhwan kini telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 12 dan 26 Mac 2024 nanti.

Artikel berkaitan: “Mereka bisnes 2 in 1” – Lelaki Dedah Aktiviti ‘Dark Side’, Pakej Dibayar Serendah RM35

Artikel berkaitan: Individu Kongsi Pandangan Susulan Dakwaan Universiti Dicop Sebagai Sarang Maksiat Untuk Berzina

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bros Gang Tv | BGTV+ (@brosgangtv)

Rata-rata komen di media sosial mengkritik tindakan BGTV yang mengetengahkan individu mempunyai rekod jenayah di media sosial.

Hotdaddy

“BGTV tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara yang tidak bermoral” 

Susulan kritikan yang diterima, BGTV telah memuat naik posting di Instagram membuat penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurut BGTV, mereka tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara yang tidak bermoral, malah bertindak melawan dan mencegah perkara-perkara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bros Gang Tv | BGTV+ (@brosgangtv)

Dalam podcast tersebut, beberapa perkara yang telah berlaku. Perdebatan yang hebat telah berlaku antara kami dan tetamu. 

“BGTV adalah satu platform reality showcase. Maka segala video yang dikeluarkan berdasarkan realiti kehidupan. Pahit manis memang kena telan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati,” tulis kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, penjelasan tersebut tetap mendapat kecaman netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan Youtuber yang dilihat seakan-akan mempromosi seseorang yang membawa nilai-nilai yang tidak baik kepada masyarakat.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.