in

Dikecam Netizen Gara-gara Isu Promosi Produk Guna Gambar Tak Sesuai, Nilofa Group Buat Permohonan Maaf

Nilofa Group

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial tentang isu selebriti popular Malaysia, Neelofa yang mempromosikan produk terbarunya iaitu produk khusus untuk wanita namun grafik atau gambar yang digunakan untuk mempromosikan produk itu telah dikecam oleh netizen kerana dikatakan tidak sesuai untuk tatapan umum.

Promosi produk itu pada mulanya telah dikongsikan menerusi Instagram Nilofa Group sebelum tular ke platform lain.


Difahamkan, penggunaan gambar pada promosi produk itu dikatakan berbaur lucah dan mempunyai maksud tersirat.

Nilofa Group menerusi Instagram kemudiannya telah membuat permohonan maaf berhubung kejadian itu.

Whatsapp Image 2024 06 29 At 9.58.55 Am

Artikel Berkaitan: Neelofa Lancar Produk Miss V, Buat Promo Guna Gambar ‘Mengundang’

Artikel berkaitan : Neelofa Dilantik Jadi Duta Jenama Antarabangsa, PU Riz Anggap Sebab Berkat Taat Pada Suami

Difahamkan juga, produk khusus untuk wanita itu dinamakan Isterix.

Dalam permohonan maaf itu, Nilofa Group dan pihak produk Isterix memohon maaf atas beberapa grafik tertentu yang digunakan sebelum ini untuk mempromosikan produk tersebut.

Pihak mereka juga menerima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini.

Pihak kami akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan konten yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang,” tulis Nilofa Group dalam dalam kenyataan maaf di Instagram.

Sumber: Instagram @nilofagroup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.