Sejak kematian mengejutkan personaliti serba boleh Adibah Noor Sabtu lalu akibat kanser ovari, banyak perkongsian tentang kebaikan arwah telah diceritakan oleh orang terdekat dan netizen.
Namun begitu, satu komen dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Ibnu Ahmad Ar-Rayyan telah mendapat kecaman yang hebat dari netizen gara-gara pemuda ini mempertikaikan pemergian Adibah Noor.
Tak hanya dikecam, netizen juga turut mengorek posting lamanya di Facebook sehingga lelaki ini bertindak memadamkan akaunnya.
Setelah beberapa hari menerima kecaman dan kutukan dari netizen, Ibnu Ahmad Ar-Rayyan telah pun membuat permohonan maaf kepada keluarga arwah Adibah Noor serta semua rakyat Malaysia, lapor Harian Metro.
Di sini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga almarhum Adibah Noor khususnya dan kepada semua rakyat Malaysia amnya serta peminat almarhum khasnya di atas komen saya di Harian Metro tempoh hari.”
Selain itu, lelaki ini turut mengaku yang tindakannya itu jahil serta berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut lagi.
Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri & saya amat kesal di atas kekilafan saya. Saya berjanji tidak mengulangi lagi di masa hadapan. InshaAllah. Moga roh Adibah Noor ditempatkan di kalangan para solehin.”
Ibnu Ahmad Ar-Rayyan juga turut memberitahu bahawa semua akaun Facebook yang dimilikinya telah dibanned dan meminta agar permohonan maaf ini diviralkan.
Baca: PA & Keluarga Arwah Pegang Amanah Adibah Noor, Jaga Kebajikan Kucing Miliknya