in

Dikebumikan Di Bangkok, Atlet Paragliding Malaysia Meninggal Dunia Ketika Berlatih Di Thailand

Atlet Paragliding

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Atlet paragliding Malaysia, Muhammad Nuriqmat Ruslan dilaporkan telah meninggal dunia selepas terjatuh ketika berlatih paragliding di Thailand baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut berlaku di Pantai Hua Hin, Parachuap Khiri Khan dan menurut rakan arwah, Rafiee Aziz, mereka bersama-sama menjalani latihan tersebut di pantai berkenaan dan cuaca ketika mereka berlatih juga baik.


Namun, difahamkan, kemalangan tiba-tiba saja berlaku dan Nuriqmat kemudiannya jatuh ke laut.

Meskipun rakan-rakan yang lain juga cuba menyelamatkan Nuriqmat, namun arus laut yang sangat kuat menyukarkan percubaan untuk menyelamatkan mangsa.

11

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tragedi ‘Paragliding’ Ragut Nyawa Warga Emas Di Kelantan, ‘Pilot’ Kongsi Detik Cemas Sebelum Kemalangan

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital berdekatan.

Rakan Nuriqmat turut menyatakan bahawa arwah seorang atlet paragliding yang mempunyai bakat besar dalam sukan tersebut dan arwah juga sebenarnya layak ke pra Piala Dunia Paragliding di India pada bulan hadapan.

Bapa Nuriqmat pula telah bergegas ke Hua Hin sejurus mendengar berita tentang kemalangan yang menimpa anaknya itu.

Difahamkan, jenazah Nuriqmat telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Darul Abideen di Bangkok.

Sumber: Sinar Harian, BERNAMA 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.