in

Didakwa Kasari Murid Autisme Berusia 7 Tahun, Polis Siasat Seorang Pembantu Pengurusan Murid

pembantu pengurusan murid didakwa kasari murid autisme

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di media sosial rakaman video yang memaparkan seorang kakitangan sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya iaitu seorang pembantu pengurusan murid (PPM) telah bertindak mengasari seorang murid autistik.

gambar hiasan 1
Gambar Sekadar Hiasan

Memetik laporan BERNAMA, susulan rakaman video tersebut yang tular, satu kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis untuk menyiasat tentang dakwaan melibatkan pembantu pengurusan murid berkenaan.


Difahamkan, pembantu pengurusan murid itu bertindak kasar terhadap seorang murid autisme berusia 7 tahun.

gambar hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel Berkaitan: “Syurga buat akak” – Ramai Netizen Puji Keikhlasan Guard Sekolah Ini Melayan Murid Autisme

Artikel berkaitan : Fynn Jamal Sebak Pelajar PhD Hidap Autisme Berjaya Siapkan Tesis Bertajuk ‘Fiqah Autisme’

Selain itu, ibu kanak-kanak berkenaan juga telah memberi keterangan berhubung dakwaan itu kepada polis semalam.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: BERNAMA

Sumber: theSun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.