Tular di media sosial baru-baru ini berkenaan sebuah video yang memaparkan sebuah lori treler yang membawa helikopter telah mengganggu lalu lintas di jalan raya di Subang Jaya.
Susulan kejadian itu, pihak polis mengatakan pihak mereka membuka kertas siasatan untuk menyiasat kejadian berkenaan, lapor Berita Harian.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sekitar waktu petang pada 4 Disember lalu di mana lori treler yang membawa helikopter itu tidak dapat melalui susur jalan dari Lebuhraya Shah Alam ke arah Persiaran Kewajipan.
@black.lifestyle2 #KL #police #roadblook #malaysia #today helicopter 🚁
Artikel berkaitan: Operasi Kg Sungai Baru Tegang, Ketua Polis Dang Wangi Cedera Dibaling Batu
Artikel berkaitan: Bas Sekolah Hilang Kawalan, Rempuh 2 Pelanggan Gerai Nasi Kukus Tepi Jalan
Difahamkan, ia berlaku kerana muatan yang terlalu panjang sekali gus ia menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut sehingga menghalang pergerakan pemandu kereta dan penunggang motosikal pada ketika itu.
Bukan itu sahaja, turut difahamkan bahawa kejadian berkenaan juga telah mengganggu perjalanan sebuah ambulans.
Setakat ini, (ketika artikel ini ditulis), nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat masih belum dapat dikenal pasti.
Siasatan pihak polis masih lagi berjalan.
Sumber: Berita Harian
