Bukan semua bad marketing is good marketing, nak buat sebarang taktik, biarlah kena pada situasi dan jangan sampai hilang sensitiviti. Terbaru ini, dikatakan satu spa terkenal telah membuat promosi yang mendatangkan kemarahan orang ramai.
Promosi yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp itu tular di Twitter dan mendatangkan kemarahan warganet kerana kaitkan isu semasa dengan spa mereka.
Guna isu kes kanak-kanak 7 tahun didera untuk promote spa
Seperti yang kita sedia maklum, sekarang ini tengah tular kes seorang kanak-kanak 7 tahun didera oleh ibu kandung bersama rakannya yang merupakan seorang wanita berperwatakan lelaki.
Oleh itu, spa ini mengaitkan kes tersebut, kononnya ia berpunca daripada masalah dan bebanan yang dihadapi orang dewasa. Jadi bagi membendung masalah tersebut daripada melarat, spa ini menyarankan agar pelanggan datang mengurut dengan mereka untuk menghilangkan stress sekaligus mengelakkan peningkatan kes penderaan.
Tidak setuju dengan cara promosi berkenaan, pengguna Twitter ini telah menegur staf spa itu tetapi ini balasan mereka setelah ditegur…
Perkongsian ini telah meraih sebanyak 2,679 dalam masa 19 jam. Rata-rata netizen cukup bengang dengan cara spa ini membuat promosi kepada pelanggan. Bahkan ada juga yang kongsikan pengalaman buruk yang pernah mereka alami di spa tersebut.
Macam mana dia buktikan pergi spa boleh elak kes dera? – Netizen
Nak relatekan isu semasa dengan promosi, biarlah berpada-pada, korang rasa wajar ke cara promosi macam ni?
Baca : Wanita Hilang Jari Kaki Lepas ‘Fish Spa’ Di Thailand, Doktor Jelaskan Kenapa