Sebelum ini, pernah tular di media sosial Twitter mengenai sebuah video menunjukkan suasana di dalam sebuah dewan dimana ramai orang dilihat beratur sambil membawa beg dan memakai pelitup muka.
Dikatakan sebagai salah satu cara untuk spread awareness mengenai peningkatan jumlah jangkitan COVID-19, rakaman video yang diperoleh dari group WhatsApp itu dipercayai berlaku di MAEPS, Serdang.
Hari ini, admin nak kongsi pengalaman sebenar seorang pengguna media sosial yang menjalani kuarantin di MAEPS, Serdang. Individu yang menggunakan username @AfifieChan ini dikhabarkan menjalani kuarantin di lokasi ini semenjak 7 Januari 2021.
Pengalaman yang dikongsikan di laman sosial Twitter ini juga turut disertakan beberapa video pendek.
Suasana MAEPS selesa dan bersih
The condition inside the centre. Menakutkan ke? Tak pun. Selesa and bersih. Tengok la sendiri. Yang gantung2 kain putih kat katil tu sebab lampu on 24 jam. So silau. Haha pic.twitter.com/YFIM92xzAw
— Afifie Chan (@AfifieChan) January 8, 2021
Tandas bersih dan selesa digunakan
Condition inside one of the toilet cubicle. Clean and well maintained. Selesa nak buat business and mandi. Jangan la expect cam tandas kat hotel. pic.twitter.com/mGYz1naQcq
— Afifie Chan (@AfifieChan) January 8, 2021
Makanan dihidang tiga kali sehari
Berkaitan perihal makanan, @AfifieChan berkata, setiap pesakit akan dihidangkan makanan tiga kali sehari. Malah, dia juga ada memuat naik beberapa collage gambar hidangan yang diberikan.
Selain itu, dia juga ada menjawab persoalan netizen mengenai berapa pantas pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil pesakit yang disahkan positif wabak COVID-19.
Warga tempatan dan pekerja asing ditempatkan di ruangan berbeza
Menurut @AfifieChan, dia juga ada menerima persoalan mengenai jarak katil pesakit yang dikatakan agak dekat antara satu sama lain.
Korang boleh baca penerangan dia dekat bawah ni. Take note yang penerangan ini hanyalah berdasarkan informasi yang diterima di sana.
Selain menerima persoalan mengenai jarak katil, terdapat juga beberapa penguna media sosial lain yang bertanya mengenai pekerja warga asing yang turut dikuarantin di lokasi sama. Yelah kan, mungkin ramai yang risau kalau semua pesakit dikumpulkan beramai-ramai dalam satu dewan. Macam mana nak buat penjarakan sosial.
Menerusi perkongsian sama, pengguna media sosial ini mengakui sememangnya ramai pekerja warga asing yang turut dikuarantin di MAEPS. Tetapi, mereka semua diasingkan dan ditempatkan di hall berbeza.
Mungkin ada di antara korang yang tertanya-tanya sama ada perempuan dan lelaki dikuarantinkan di dalam satu dewan sama.
Jangan risau! @AfifieChan ada menerangkan di bahagian komen yang pesakit lelaki ditempatkan di Hall C manakala pesakit perempuan pula dikuarantinkan di Hall B.
Baguslah begitu. Boleh lah semua pesakit berehat dengan selesa.
Aircond 24 jam dalam dewan sampai boleh beku
Kipas ke aircond? Tak seperti yang orang gambarkan. Kat sini pakai aircond on 24 jam. Sejuk and selesa. Sakai jap tengok aircond dia ni. Haha pic.twitter.com/pe9Z5wvv1e
— Afifie Chan (@AfifieChan) January 8, 2021
Pesakit lain bersorak bagi semangat bila ada orang baru admit
Bila orang baru admitted, pintu ni akan dibuka dan sound effect mantap. Macam dalam movie. Saya panggil ni pintu Maze Runner. Sorakan tu untuk bagi semangat pada yang baru masuk supaya diorang tak rasa takut. What a spirit in here. pic.twitter.com/rQIBLxDyp5
— Afifie Chan (@AfifieChan) January 8, 2021
Betullah tu memang macam dalam filem Maze Runner. Baguslah semua pesakit pun semua bersikap positif je dan saling support satu sama lain.
Tak ada kes kecurian walaupun tinggal handphone di charging station
Seronok betul admin bila baca keadaan sebenar dalam MAEPS macam ni. Semoga semua pesakit cepat sembuh dan kadar jangkitan COVID-19 berkurangan.
Sumber: Twitter