Berikutan dengan penularan isu skim pembayaran baharu kepada Foodpanda sebelum ini, rating daripada aplikasi tersebut semakin merundum.
Ia berikutan dengan campur tangan netizen yang turut memboikot untuk nyahpasangkan aplikasi itu sebagai tanda sokongan untuk boikot terhadap nasib penghantar yang didakwa menjejaskan pendapatan mereka.
Kenyataan diputar belit
Akibat isu tersebut menjadi buah mulut warganet, pengarah urusan syarikat itu, Sayantan Das tampil memberikan penjelasan kepada segelintir penghantar yang mendakwa pendapatan mereka akan terjejas.
Lebih mengeruhkan keadaan lagi kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bercanggah dengan apa yang dia cuba sampaikan.
“Bagi riders yang tidak bersetuju, kami menggalakkan mereka untuk cuba skim baru supaya mereka boleh ketahui apakah kelebihan positif dari segi pendapatan yang mereka boleh dapat dari ini.” – Sayantan Das
Namun begitu ramai yang tak alert dengan perkara ini dan sebenarnya tindakan mereka ini boleh memberikan kesan kepada para penghantar sendiri.
Malah ramai juga buat tindakan melulu sehingga berpakat untuk #UninstallFoodpanda. Tapi meh sini admin jelaskan skim pembayaran baru ni
Skim lama vs baharu
Menerusi skim baru ni, penghantar akan terima bayaran berdasarkan jumlah tempahan, bukan jumlah waktu mereka kerja. Skim pembayaran baharu ini juga mempunyai kelebihan seperti berikut:
- Pembayaran mengikut tempahan bergantung pada jumlah prestasi penghantar, jumlahnya RM 4.50 hingga RM7.
- Penghantar boleh meraih untung lebih 50% daripada skim lama.
- Dalam skim terbaru, penghantar siap dapat RM150 kalau bekerja 60 jam seminggu. Siap ada bonus RM1 untuk setiap tempahan kalau ada order dari pukul 11pm dan 9am.
Kalau nak dibandingkan dengan skim lama :
- Jumlah tempahan rendah sedikit, cuma RM 3 hingga RM 5 bergantung kadar prestasi
- Bayaran yang mereka terima cuma RM 4 sejam lepas bergantung pada jumlah jam yang mereka kerja sahaja tanpa sebarang insentif.
Jadi sebenarnya skim pembayaran baru ini lebih memberikan manfaat kepada para penghantar untuk Foodpanda.
Lebih banyak kerja lebih banyak income yang boleh diraih, malah dalam kenyataan Sayantan sebelum ini hanya segelintir sahaja yang menjalankan mogok, malah tiada sebarang boikot dilakukan oleh para penghantar dari luar KL.
“Tak kira dulu, tak faham dulu dan terus berfikiran negatif” – Rider Foodpanda
Malah ada dalam kalangan penghantar Foodpanda sendiri menjelaskan dan menyokong skim pembayaran baru ini. Katanya, ramai yang tak kira betul-betul kaedah pembayaran yang mereka boleh raih.
https://www.facebook.com/cilisos/videos/2520626171490820/?t=213
Seperti yang kita sedia maklum, pekerjaan penghantar makanan seperti Foodpanda ini, boleh membantu dalam menambahkan lagi jumlah pendapatan seseorang, malah ada yang boleh raih lebih banyak daripada gaji kasar mereka.
Tambahan pula, sekarang ni skim pembayaran baru itu telahpun dilaksanakan, ada yang ok je dan mereka akui sendiri yang mereka dah raih lebih untung,.
Selain itu, berikutan tindakan netizen yang telah memboikot untuk uninstall aplikasi tersebut, ada yang mendakwa bahawa ia bukan membantu nasib penghantar malah menjejaskan lagi pendapatan mereka.
Betul juga, lagi susah mereka nak dapat duit lebih sebab tak ramai yang akan order sebab dah uninstall.
“Sedar tak rider lagi terkesan” – Netizen
Harap penjelaskan ini dapat membuka mata kita semua bahawa boikot ini tak mendatangkan sebarang manfaat, malah menyukarkan lagi semua orang. Tanpa kita sedar, perbuatan boikot ini juga dah ‘tutup periuk nasi’ orang.
Kita susah nak makan, rider pun tak ada job, syarikat pula terjejas. Hmm, lepastu rider kurang tahu pula kan complaint makanan sampai lambat kan?
Jadi, marilah kita sama-sama #HentikanBoikot Foodpanda ni, semua yang terjadi hanya salah faham.