in

“Dia tidur atas kerusi roda 4 hari” – Lelaki Kongsi Detik Perit Kehilangan Ayah Akibat Covid-19

Ft Ayah Meninggal Dunia Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sudah hampir mencapai ke imuniti kelompok, namun begitu, masih ada orang yang belum lengkap dapat dua dos vaksin, jadi perlu lebih berhati-hati, diharap kisah peeit pemuda yang dikenali sebagai Jeremy ini dapat dijadikan satu pengajaran bahawa betapa bahayanya Covid-19.


 

Ingatkan demam pasal ambil vaksin

Menerusi kronologi kisahnya yang dikongsikan melalui Instagram, pada 16 Julai, ibunya telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Ibunya ditemani ayahnya yang telah menerima suntikan vaksin itu awal beberapa hari. Selepas terima suntikan, ibu kepada Jeremy menunjukkan gejala demam, pada waktu itu semua orang ingatkan kesan daripada vaksin tersebut.

Namun, 5 hari kemudian, selepas membuat ujian saringan RTK dan PCR, mereka berdua didapati positif Covid-19, disebabkan itu kesemua isi rumahnya terpaksa menjalani kuarantin dan berjauhan sesama sendiri.

Kedua-dua ibu bapanya menunjukkan gejala seperti demam, batuk, selsema, migraine, pening-pening, dan hilang deria bau serta rasa.

Oksigen ibu makin menurun

Pada 31 Julai, tahap oksigen ibunya menurun sehingga ke 70-80. Disebabkan itu, Jeremy terus bawa ibunya ke hospital swasta berdekatan tapi respon doktor amatlah mengecewakan.

“Doktor dekat hospital berkata, dengan tak buat apa-apa check dekat orang tua saya yang tengah kritikal, bagitahu saya suruh bawa pergi dekat hospital lain, sebab tempat mereka dah penuh.”

Kemudian, Jeremy hubungi beberapa hospital dekat Lembah Klang dan kesemuanya dah penuh. Ada yang kena tunggu dalam waiting list sampai 80 ke 100 pesakit. Satu hospital pun tidak menerima ibu bapanya walaupun Jeremy dah jelaskan keadaan ibu bapanya itu.

Keesokan harinya, keadaan ibu Jeremy semakin kritikal dimana tahap oksigen semakin menurun dari 58-50 dan ayahnya punya mula batuk berdarah. Selepas beberapa jam hubungi ambulans, ibu bapanya dibawa ke sebuah Hospital kerajaan di Klang.

“Muka ibu dah mula nampak kebiruan sebab tak cukup oksigen, nafas dia pendek.”

Ayah Meninggal Dunia Covid 19 3

Ibu tahap 5, ayah tahap 3

Ibunya dimasukkan ke dalam wad kerana berada di tahap 5 sementara ayahnya kurang diberi perhatian kerana berada di tahap 3.

“Hospital penuh dan ayah saya hanya diberikan kerusi rosa untuk dia tidur.”

Ayah Meninggal Dunia Covid 19 2
Gambar hiasan

Selepas 4 hari tidur di atas kerusi roda, ayah Jeremy semakin letih dan tiada sebarang info diberikan mengenai keadaan dirinya, sementara itu, keadaan ibu Jeremy semakin bertambah baik.

“Saya hubungi ayah saya malam tu, dia baritahu dia rasa makin baik dan mula makan banyak tapi bagi saya, itu yang paling menakutkan saya.”

Pihak hospital kemudiannya hubungi Jeremy pada 6 Ogos untuk memberitahu bahawa ayahnya perlu diintubasikan dan memerlukan tandatangan Jeremy untuk membuat imbasan CT.

3 hari kemudian, Jeremy mendapati bahawa kesihatan ayahnya semakin merosot. Doktor memberitahunya bahawa bukan dia sahaja yang dijangkiti Covid-19, tetapi menderita akibat jangkitan lain ketika sedang menungku tempat tidur di jabatan kecemasan.

Walaupun setelah menandatangani persetujuan, Jeremy diberitahu bahawa ayahnya “tidak cukup kritikal” untuk menjalani imbasan CT.

“Doktor dah abaikan keperluannya untuk mendapatkan bantuan perubatan.”

Jeremy kemudiannya diminta untuk bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

Ibu dah boleh discharge tapi ayah…..

Pada 10 Ogos lepas, ibu kepada Jeremy dibenarkan untuk pulang dan dia pergi ke hospital untuk bawa ibunya balik pada petang hari tersebut.

“Saya berdoa sekejap dengan harapan ayah saya yang berada dekat tingkat 1 cepat sembuh seperti ibu.”

Walaubagaimanapun, ketika berada di hadapan wad ibunya, Jeremy dapat panggilan daripada hospital menyatakan bahawa ayahnya telah tiada.

Ayah Meninggal Dunia Covid 19
Gambar hiasan

“Saya dah kehilangan lelaki terbaik dalam hidup saya pada hari tersebut, susah saya nak terima macam mana perkara ini terjadi dalam sekelip mata.”

Ketika dihubungi WORLD OF BUZZ, Jeremy menjelaskan pengebumian ayahnya ditangguh sampai 7 hari sebab ada lebih daripada 120 jenazah perlu diuruskan.

Katanya lagi, dia yang hanya mampu melihat mayat saat tepat sebelum pembakaran mayat sahaja dan itu adalah perkara yang menyakitkan.

Kami daripada Team Lobak Merah mengucapkan salam takziah kepada Jeremy sekeluarga. Mudah-mudahan insiden ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.

 

Baca : “Bukan emergency” – Anak Dalam Kandungan Meninggal Dunia Gara-gara PDRM Susah Bagi Keluar Dari Kawasan PKPD?

Pkpd2

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.