Orang tua-tua nasihat, hargailah pengorbanan seorang bapa kerana lelaki ini sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya.
Kalau diikutkan, seorang bapa akan sehabis boleh berusaha nak penuhi permintaan anak-anak — tapi kalau keadaan tak mengizinkan, apalah lagi yang boleh dibuat? Macam kisah yang dikongsikan @akusziko, di laman Twitternya baru-baru ini.
“Pakej paling murah berapa?”
Cerita dia, lepas selesai satu majlis konvo tadika anaknya — ramai ibu bapa nak mengabadikan moment anak masing-masing dengan mengambil gambar mereka di satu backdrop khas yang disediakan.
Namun lelaki yang dikenali sebagai Irwan ni berkata, sewaktu photographer tengah prepare nak ambil gambar anak dia — dia terlihat seorang brader sedang bertanya tentang pakej-pakej bergambar yang ada pada seorang salesman di situ.
“Brader tu terus peluk gua…”
Rupanya, bila ditanya — brader tu kerja buruh welding dan lepas selesai urusan konvo tu dia sebenarnya kena pergi Kuala Pilah sebab ada job pasang awning rumah orang kat sana.
Dan motor yang dia naik untuk ke konvo hari tu pun sebenarnya dipinjamkan oleh bos dia. Mujur juga bos dia sangat memahami kekangan yang dia hadapi.
Betul la kan, sebenarnya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga dan itu sebenarnya adalah amanah yang dititipkan Allah kepada kita — agar kita tidak lokek untuk sentiasa berkongsi dengan mereka yang memerlukan.
Tak rugi apa pun, malah ia akan diganti dengan ganjaran berlipat ganda — kalau tak datang dalam bentuk wang ringgit, mungkin dalam bentuk kesihatan dan kebahagiaan yang lain kan?
So, salute kat brader Irwan ni dan paling utama — kita patut beri tabik hormat dekat brader yang dikisahkan dalam cerita ni sebab gigih mencari rezeki demi keluarga dia.
Buat kita teringat je kat abah-abah kita kan?
Baca: “Sejak itu dia tak pernah bersekolah” – Ini Kisah Kanak-Kanak Lorong Yang Korang Tak Pernah Tahu…