in

“Sejak itu dia tidak pernah bersekolah” – Ini Kisah Kanak-Kanak Lorong Yang Korang Tak Pernah Tahu…

Fadli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah seorang gelandangan kanak-kanak di ibu kota tular selepas perkongsian hampir 11 ribu di laman Facebook sejak semalam.

Seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Gombak 1, menerusi Facebooknya menceritakan kisah seorang kanak-kanak berusia 13 tahun yang menahan lapar kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.


Screen Shot 2019 11 09 At 2.45.15 Pm
Sumber: facebook

Bagaimanapun kisah kanak-kanak berkenaan beralih kepada kisah peribadi termasuk latar belakangnya sehingga menyebabkan dia terabai.

Screen Shot 2019 11 09 At 2.45.34 Pm
Sumber: facebook

Lebih memilukan, kanak-kanak itu merupakan anak yatim yang kini berada di bawah jagaan bapa tirinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekitar ibu kota.

Berasal dari Ulu Tiram, kanak-kanak berkenaan juga dikatakan tidak bersekolah sejak bapa tirinya membuat keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur pada 2015.

Screen Shot 2019 11 09 At 2.45.49 Pm
Sumber: facebook

Lebih memeranjatkan, meskipun tidak mendapat pendidikan formal di sekolah, kanak-kanak berkenaan sanggup belajar sendiri walaupun tanpa bantuan asas pendidikan.

Terbaharu, guru yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh di kalangan pengikutnya di Facebook berkata usaha orang ramai menjejaki kanak-kanak itu selepas tular menyebabkan kanak-kanak berkenaan ‘ketakutan’ kerana ramai yang sedang mencarinya untuk memberi bantuan.

Fadli bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya tidak ‘kacau’ kanak-kanak berkenaan dan memberi peluang kepadanya untuk berjumpa bapa tiri kanak-kanak itu bagi menguruskan persekolahannya.

“Tenang kawan-kawan. Niat nak bantu tu dah bagus. Tapi jangan buat dia terkejut dengan tindakan kalian. Karang dia lari payah pula aku nak cari.

“Kawan-kawan kena ingat, dia masih ada penjaga. Walau nampak terabai, ayah tiri dia itulah yang bawa dari Johor sampai ke sini. Sediakan tempat tinggal. Bagi duit poket untuk makan, pakaian dan sebagainya.

“Tak boleh dengan senang nak ambil dia gitu je. Tak boleh begitu.

“Tak boleh juga pergi mengejut cari dia soal dia macam-macam. Nak bagi itu ini serentak. Membantu itu bagus, tapi kena ada cara. Wajib tahu cara. Bukan redah gitu hingga orang tak selesa.

“Jangan pergi desak dia dengan macam-macam soalan. Tak perlu nak angkut dia bawa ke mana-mana.” tulisnya.

Baca: “Kalau bapa mati nanti saya xda siapa2 lg dah” – Kisah Sedih Anak Beranak Mualaf ‘Gelandangan’ Ditikam Penyamun Myanmar

Screen Shot 2019 11 09 At 3.38.21 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.