in

“Dia takde kesedaran ke?!!” – Netizen Tegur Alha Alfa Upload Video Masak Gulai Ikan Yu, Sebab…

Alha Yu

Ikan yu adalah antara salah satu spesis ikan yang semakin pupus. Menurut International Union for Conservation of Nature, dari keseluruhan 5,487 spesies mamalia, 22 peratus atau 1,219 spesies berada dalam status terancam atau hampir pupus.

Malangnya, ikan yang diancam kepupusan inilah menjadi antara hidangan makanan sesetengah masyarakat di dunia. Dengan adanya restoran makanan eksotik, maka permintaan terhadap haiwan ini sentiasa tinggi lebih-lebih lagi ada pula pasar raya yang turut menjual ikan yu.

Ikan Yu2

Ikan Yu4
gambar hiasan

September lepas, jurusolek terkenal Alha Alfa ada muat naik video di Instagram menunjukkan cara-cara menyiang dan memasak gulai ikan yu.

Melalui IGTV Alha Alfa menunjukkan satu persatu langkah daripada mula sehinggalah terhidangnya masak gulai ikan yu tersebut.

Puassss makan tayah pilih tulang! Siapa  tak pernah makan tu pergilah makan cepat!”

https://www.instagram.com/tv/B2RaGhjgSe1/?igshid=101tq2lneqxn1

Video tu mendapat perhatian seorang netizen baru-baru ini di Twitter yang terus menegur Alha. Pada pendapat dia, sepatutnya Alha yang mempunyai ramai pengikut di media sosial ini seharusnya sebarkan kesedaran tentang kepupusan ikan yu.

Tapi sebaliknya, dia tunjuk cara-cara untuk masak ikan yu pula.

Tak kenal siapa Alha Alfa ni. Tapi followers di Instagram ada 746,000. Alangkah bagusnya kalau dia sebarkan kesedaran tentang melindungi ikan yu ini daripada tunjuk ‘jaws masak kari’.”

https://twitter.com/the_uglyorgan/status/1178927784988532736?s=21

Menyedihkan, ternyata masih ramai masyarakat kita yang tidak ada kesedaran tentang masalah kepupusan yang melanda spesies ini.

Melalui ruangan komen IGTV Alha, ramai netizen yang komen dan beritahu mereka juga makan ikan yu ini. Ada yang buat kerabu ikan yu lah, masak kari, ikan yu bakar dan macam-macam lagilah.

Makan Ikan Yu
sumber: instagram

Menurut Harian Metro, aktiviti penangkapan ikan yu masih berjalan dengan aktif di Sarawak di mana kegiatan itu dikatakan sudah tidak terkawal.

Malah ketika ditanya kepada nelayan, mereka berkata kegiatan itu dibuat kerana ikan yu sangat diminati ramai pemilik restoran untuk dijadikan hidangan eksotik.

Ikan Yu
gambar hiasan

Ikan yu ditangkap menggunakan pukat, namun sejak kebelakangan ini, jumlahnya semakin berkurangan seolah-olah memperlihatkan tanda kepupusan.”

Ikan yu juga dikatakan berpotensi menjadi salah satu tarikan pelancong untuk datang ke Sarawak. Mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 ikan yu turut dikuatkuasakan bagi spesies disenaraikan dalam kategori terancam di negara ini.

Kesian ikan tu kena masak Smiley Frown

Baca: “Sombong betul” – Wartawan ‘Sensasikan’ Berita Kena Tegur Dengan Dr Amalina, Netizen Tak Suka Cara Dia Balas Sebab…

Hilal Biadap