Kalau dulu, kerap viral media sosial rasa tidak puas hati penerima parcel apabila barang yang mereka order sering pecah atau dibaling oleh penghantar barang yang tidak bertanggungjawab.
Walau bagaimanapun, kali ini lain pula pengalaman yang dikongsi pengguna TikTok @ismazlkha_ yang mana dia terharu dengan cara abang JNT ini menguruskan parcel-parcel miliknya.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat ‘abang JNT’ terbabit dengan berhati-hati menyelit masuk parcel milik tuan rumah ke dalam pagar dan menyusunnya dengan perlahan di dalam kawasan empunya rumah.
https://www.tiktok.com/@ismazlkha_/video/6995170643654233370?_d=secCgYIASAHKAESMgowK10Q6aG8Hg5%2FwHKypgIiDc%2Bky1Dqew4VrxPu04g1bkb%2Br6mLVzqphY%2F1BNdjA8MIGgA%3D&checksum=0219f2be419ad999250a910f932d00932343c7fd378a2164745bc8bfb9508f41&language=en&mid=6965997566995467013&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAoyoR-rrYKr-_cTmKwW2AizJ3FQgbc2J7zSTWXVsVyRaiXOEnuRy0ePPjFIA8DbJ4&share_app_id=1180&share_item_id=6995170643654233370&share_link_id=97C0C2EE-9629-4D72-9591-9A050AB20CC6&source=h5_t×tamp=1628770794&tt_from=copy&u_code=db8b9je91ff796&user_id=6801629490906334209&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Pemilik video ni juga ada menjelaskan yang dia bukannya tak nak turun untuk ambil parcel tapi dia tak boleh turun kerana masih dalam tempoh kuarantin.
“Parcel orang pun dia jaga baik-baik, apalagi hati awak tiberr”
Video yang mendapat lebih daripada 196,000 likes ini telah menerima pelbagai komen netizen yang rata-rata ‘jatuh hati’ dengan sikap abang JNT tersebut.
Malah ramai juga mengatakan apabila seseorang itu ikhlas dalam bekerja sudah pastinya dia akan melakukan terbaik dalam setiap tugasan yang diberi.
Bagusnya kalau ada ramai lagi penghantar barang yang bersikap begini. Mesti pelanggan suka!