in

“Dia, saya hanya manusia biasa” – Sherry Alhadad Dah Maafkan Mark Adam

Markadam2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kata-kata Mark Adam dalam konsert Big Stage Ahad lepas, ketelanjuran kata-katanya telah mengundang kecaman netizen kerana dianggap menyinggung perasaan pengara Sherry Alhadad.


Disebabkan kecaman itu Mark Adam ada membuat permohonan maaf secara terbuka melalui Instagramnya.

 

I deserved all this, Im a fool, I’m so sorry”

Mark menjelaskan yang dia ni jenis berguarau dengan rakan artis macam bergurau kat rumah, dia juga ada menerangkan yang kata-katanya itu tak sempat dihabiskan.

Pun begitu dia juga akui perbuatan dia agak amatur dan tidak profesional sebelum melafazkan maaf beberapa kali dan mengaku menyesal dengan perbuatannya itu.

Susulan dengan permohonan maaf itu, Sherry ada berikan komen dan dia telah memaafkan Mark Adam.

Mereka ada berhubung secara peribadi untuk memohon maaf.  Sherry juga menyeru kepada peminat yang mengecam Mark Adam untuk memaafkannya kerana tuan empunya badan sendiri dah tak rasa apa-apa.

 

Dia, saya manysia biasa, tak lari dari kesilapan. Maafkan dia kawan-kawan” – Sherry Alhadad

Ecvacd Uiaa0Zkx

Ramai juga rakan-rakan artis yang memberi sokongan moral kepada Mark Adam, mereka juga memuji sikap Mark Adam kerana mengakui dan memohon maaf atas kesalahan sendiri biarpun di lakukan tanpa sengaja.

Biarpun masih ada yang mengecam, anggaplah isu ini dah selesai, tiada sebarang perbalahan dan belajar dari kesilapan.

 

Baca : “Even the host is big” – Mark Adam Dikecam Sebab ‘Bodyshame’ Sherry Alhadad

Sherrybigstage

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.