Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menafikan dakwaan kononnya wujud orang ketiga yang menggugat hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, menjelaskan bahawa khabar angin mengaitkan seorang wanita bernama Ami Ilana sebagai punca keretakan hubungan mereka hanyalah spekulasi tidak berasas yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.
Artikel berkaitan: “Tolong jangan serang Mama” – Presiden BASS Minta Netizen Bertenang, Maklum Ibu Kurang Arif Bab IT
Artikel berkaitan: “Jangan normalisasikan maksiat” – Agamawan Didakwa Tegur ‘Fenomena BASS’?
View this post on Instagram
“Sebenarnya tiada perkara tidak baik seperti yang digembar-gemburkan.
Semua ini terjadi kerana ada segelintir pihak yang memulakan panggilan tidak sepatutnya kepada Ami, lalu yang lain pula terus mengecam tanpa usul periksa,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.
Menurut Bella, tuduhan wujudnya isu ‘sondol-menyondol’ juga tidak benar kerana Ami Ilana sudah lama menjadi sebahagian daripada kumpulan pengurusan mereka, BASS (Bella Astillah dan Syed Saddiq), selain bukan seorang yang bujang.
“Tiada istilah ‘sondol’ sebab dia pun bersama BASS dari awal lagi. Dia pun tidak single,” jelasnya.
Susulan itu, Bella menyeru orang ramai agar berhenti membuat tuduhan melulu serta tidak mengecam individu yang tidak ada kaitan sehingga menjejaskan keluarga mereka.
“Mari kita semua lupakan hal ini dan berbuat baik sesama kita. Kami semua baik-baik sahaja. Saya juga baik dengan Mama,” katanya merujuk ibu Syed Saddiq.
Sebelum ini, tersebar khabar angin mendakwa hubungan Bella dan Syed Saddiq tidak direstui ibu ahli politik itu yang dikatakan lebih rapat dengan Ami Ilana, malah turut diperkatakan apabila beliau dikatakan tidak mengikuti Bella di media sosial.
Sumber: Instagram
