in

“Dia patut pakai sepanduk Tok Ti!” – Gelagat Arif Jiwa Promosi Jualan Ibu Tarik Perhatian Netizen

Arif 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal anak kepada pelakon Tya Ariffin dan usahawan Asyraf Khalid iaitu Arif Jiwa yang menjadi perhatian netizen di media sosial.


Baru-baru ini, gelagat comel Arif Jiwa telah dirakam ketika dia sedang membantu ibunya mempromosikan produk di sebuah festival raya yang diadakan di Singapura.

Ramah betul Arif promosi produk

Melalui satu perkongsian video oleh Tya di Instagram memaparkan Arif sedang sibuk mempromosikan salah satu produk ibunya. Lebih menarik, Arif dilihat mesra dan tanpa segan silu menegur orang yang tidak dikenali yang berada di festival tersebut.

Artikel berkaitan: “Ini baru betul meraikan” – Datang Ke Setiap Meja Santuni Anak-anak Yatim, Netize Puji Tok Ti

Artikel berkaitan: Tok Ti Pembayar Zakat Paling Tinggi Untuk Kategori Penyanyi – CEO Lembaga Zakat Selangor

Pada awalnya, Arif mengadu kepada ibunya mengenai ramai pengunjung dewasa yang tidak membawa anak kecil. Namun, dia tetap berusaha pergi jauh dari gerai jualan lalu menegur sesiapa sahaja yang membawa kanak-kanak.

Akhirnya, usaha Arif membuahkan hasil apabila dia berjaya menjual beberapa produk itu kepada pengunjung yang berminat.

Ajar anak tentang kehidupan

Di kapsyen video tersebut, Tya berkata dia mahu mengajar anak sulungnya tentang erti kehidupan. Kadangkala apa yang kita mahukan tertangguh kerana belum tiba masa yang sesuai.

Mengajarkan tentang kehidupan. Terkadang apa yang kita nak, kita tak dapat. Bukan nya tak dapat, tapi belum dapat. Harus berusaha lebih lagi dan pasti ada ‘waktu’nya untuk kita dapat hal itu atas izin Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Cara Tya mendidik Arif Jiwa telah mendapat perhatian netizen. Ramai daripada mereka memuji Arif kerana bijak menghadapi rejection walaupun masih kecil.

Arif 1

Ada juga netizen yang bergurau mungkin kerana pengunjung di situ tidak tahu Arif merupakan cucu kepada penyanyi tersohor Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Arif 2

Comelnya Arif!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.