in

“Dia main cak cak pulak dah” – Meremang Tengok Kelibat ‘Member’ Di Seat Belakang Kereta DJ ‘Misteri Jam 12’ Ni

Kelibatmember

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu orang kata bulan puasa ni hantu tak ada, jadi tak payah nak takut. Tapi tak juga, bila tengok video ni rasa meremang pula walaupun bulan puasa masa siang-siang pula tu.


DJ KC yang terkenal dalam kendalian segmen “Misteri Jam 12” di sebuah stesen radio Singapura Ria FM ini cuba nak merasai sendiri pengalaman seram seperti mana yang pemanggilnya alami sebelum ini.

Dia cuba pergi lokasi yang dimaksudkan, dan ini apa yang jadi.

 

Kehadiran penumpang tak diundang

Ketika DJ KC sedang bercakap dan memberi info berkenaan dengan cerita mengenai lokasi tersebut, dilihat ada kelibat di tempat duduk belakang keretanya.

Ketika itu dia menjelaskan dikawasan tersebut banyak anjing, dimana mengikut kepercayaan segeintir individu bahawa ia membawa maksud yang tersirat. Tapi janganlah percaya sangat

Cuba korang perhatikan videonya di atas, rasa meremang bila dapat tengok kelibat ‘member’ tu. Siap main cak-cak pula, ni bulan puasa, siang pula tu, kalau malam hari biasa mesti meremang.

Netizen sendiri rasa gerun bila ternampak kelibat member tu.

 

Berderau wehh – Netizen

 

Kc Kc2 Kc3 Kc4 Kc5 Kc6 Kc7

Sebenarnya video ni dah lama, ia sekitar tahun 2017 tapi dikongsikan balik di Twitter dan menarik perhatian netizen.

Bagi yang tak tahu Ria FM mempunyai slot “Misteri Jam 12” bermula pada pukul 12 malam, ia merupakan slot dimana pendengar kongsikan detik-detik seram mereka bersama DJ KC.

Aduhh, hati kering betul dia ni, kalau admin kat tempat kerja sorang-sorang tengah malam macam tu, dah lama terkincit dah.

 

Video Penuh

Baca : [Video] Seram! Lelaki Terkejut Angklung Bermain Sendiri, Batal Hasrat Nak Main Alat Muzik Untuk Kejut Sahur

Angklung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.