in

“Dia lapar sebab tu nak makan tuan” – Bela Ular Sawa, Wanita Nyaris Maut Lepas Ular Peliharaan Cuba Belit

Feature 2 1 E1622338066811

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ular merupakan salah seekor haiwan yang paling ditakuti oleh manusia. Haiwan spesies ni bukannya jenis jinak macam kucing dan anjing. Memang salute habis lah dekat orang yang mampu bela ular ni. 

Namun, kalau tak kena cara, ular peliharaan boleh mencederakan korang tau. Macam yang terjadi dekat seorang wanita yang dipercayai telah membela ular sawa.


https://twitter.com/sid_dek/status/1267080413148614656

Video yang tular tersebut telah dikongsikan oleh @sid_dek di Twitter. Dalam video yang dipercayai berlaku di luar negara itu, mangsa telah membuka penutup aquarium ular tersebut sebelum haiwan terbabit menyerangnya. Seram tengok kepala ular tu macam nak terkam tuan dia. 

Snake 4

Lagi takut, ular tu terus belit tangan mangsa sehingga berdarah. Walaupun ada lelaki yang tolong mangsa dengan menggunakan snake hook, susah betul nak lepaskan dia dari belitan ular. Haiwan tu pun boleh tahan besar jugak tu. 

Bukan itu je, ular tersebut juga bertindak membelit kaki mangsa. Makin susah lah nak leraikan ‘pelukan’ benda tu kalau macam ni. 

Snake 6

Rata-rata netizen yang mempunyai pengalaman membela haiwan ini turut berkongsi sebab kenapa ular itu bertindak sedemikian.

Snake 2

Snake 1

Ada juga netizen yang mempunyai pengetahuan tentang ular mengatakan bahawa mood ular tu tak baik sebab dia mungkin tengah lapar atau stress. Jangan ingat manusia je tertekan, haiwan pun ada perasaan jugak tau. 

Snake 3

Kalau macam ni, rasanya lebih baik bela kucing atau hamster je.

Baca: “Nasib baik bukan king cobra” – Tulis ‘Boots Bola’ Dekat Parcel, Rupa-rupanya Pengirim Pos Ular Sawa

Snake

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.