in

“Dia kata kita semua bodoh sebab duduk dengan orang ni” – Wanita Buat Onar Minta Crew Halau Penumpang Muslim

Flight

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua orang wanita kena halau daripada satu penerbangan ni sebab biadap bersikap racist terhadap 3 orang penumpang muslim lelaki.


Wanita tersebut mengatakan bahawa lelaki tersebut merupakan pengganas dan pengancam kepada penumpang lain. Dia minta flight attendant untuk halau mereka sebab penampilannya yang berjubah dan berjambang.

 

Halau sebab penampilan yang berjambang dan berjubah

Woman 1

Indisiden itu berlaku ketika dalam pesawat Thomas Cook Arlines, penerbangan dari Dalaman, Turkey ke England.

Suasana jadi kecoh seketika apabila penumpang-penumpang lain marah dengan sikap dia yang sangat racist dan kurang ajar.

Salah seorang wanita tersebut siap ada mengutuk penumpang lain punya fizikal yang berbadan besar.

 

 

Menurut salah seorang penumpang Shanea Kerry, flight terpaksa delayed sampai sampir 3 jam sebab sikap wanita ni.

Dia gelarkan penumpang dan 3 orang lelaki muslim tu dengan nama-nama tak elok. Saya pun sound kebodohannya sebab macam tak sedar diri tempat yang dia nak mula penerbangan ni adalah tempat Muslim, tapi nak diskriminasi Muslim”

Menerusi Nextshark, seorang lagi penumpang Mario Van Poppel yang melancong bersama keluarganya menjelaskan yang penumpang tu lantang dan menafikan pasal dirinya kena serangan panik.

Saya ada bagitahu anak kapal yang dia kena serangan panik, mereka pun cuba lah cakap dengan perempuan tu, didapati yang mereka apa-apa pun”

Woman 2

Kerry juga ada ceritakan yang wanita tersebut panggil penumpang-penumpang lain bodoh sebab duduk dalam pesawat tu.

Tapi 3 lelaki yang menjadi ancaman hinaan wanita tersebut tenang sahaja. Pihak Thomas Cook Airlines ada membuat kenyataan yang wanita tersebut telah dihalau kerana tingkah lakunya yang keterlaluan.

“Dua orang penumpang MT105 dari Dalaman ke London telah dikeluarkan dari pesawat oleh pihak polis kerana tindakannya yang keterlaluan dalam pesawat”

Keselamatan pelanggan dan anak kapal adalah keutamaan kami dan kami tidak akan menerima sikap sedemikian dalam pesawat kami. Kami minta maaf kepada semua pelanggan kerana penerbangan telah ditangguh”

Mujurlah penumpang yang terkena tu tenang je, sebab apa guna kalau kita balas, hanya mengeruhkan lagi keadaan.

 

Baca : “Bakar tiket nak hapuskan bukti” – Hati-Hati! Mahasiswa Tersadai Tepi Jalan Tengah Malam Dihalau Staff Bas

Tiketbas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.