in

“Bakar tiket nak hapuskan bukti” – Hati-Hati! Mahasiswa Tersadai Tepi Jalan Tengah Malam Dihalau Staff Bas

Bas8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Bakar tiket nak hapuskan bukti" - Hati-Hati! Mahasiswa Tersadai Tepi Jalan Tengah Malam Dihalau Staff Bas
Loading
/

Kepada sesiapa tak kiralah siswa mahupun bekerja, hati-hati kalau nak beli tiket bas ekspress jika ingin ke sesuatu destinasi.


Kalau boleh cuba elakkan daripada membeli tiket yang dijual oleh ‘ulat-ulat’ ni walaupun mereka penjual yang sahih. Ini sebagai langkah berhati-hati agar tidak terkena seperti rakan Ahsanul Fikri ini.

Walaupun kurang pasti samada tiket itu dibeli di kaunter atau tidak, tetapi apa yang terjadi kepadanya ini amat memeranjatkan kita.

 

Dia ambil tiket aku dia bakar bahan bukti..Last sekali aku kena halau turun kat tengah jalan

Menurut Fikri, rakannya itu membeli tiket sehari sebelum perjalanan, bila dah sampai masa bertolak, pemuda itu tiba-tiba diarahkan bangun, kemudian dengan biadapnya suruh duduk atas tangga.

Mereka berbalah sampailah pemuda itu mengalah dan keluar dari bas itu, siap rampas tiket dan bakar lagi tiket tu.

Dia dibiarkan di tepi jalan berseorangan pada waktu tengah-tengah malam. Kurang ajar! Nasiblah lelaki kalau peremputan tak tahu lah apa yang jadi. 

“Semalam kawan saya otw balik U naik bas syarikat *****. End up kena halau dari bas. Tiket pun dibakar oleh staf bas sebab nak hapus bukti kot. Bas ****** nombor plat *******. Details cerita dalam gambar. Mohon sebarkan supaya orang lain tak jadi mangsa jugak. Beware.:

Bas Bas2

Lebih mencurigakan lagi, dakwa pemuda ini, sebelum perjalanan bermula, ada pekerja daripada bas tersebut menjual bungkusan yang dipanggil ‘barang’ dengan harga ratusan ringgit.

Bas3

Penularan pos dari Twitter yang meraih lebih daripada 8,000 retweets ini mendapat perhatian daripada syarikat bas tersebut.

Sebenarnya ia adalah aktiviti yang dijalankan oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan mereka tidak pernah menyediakan perjalanan dari tempat pemuda itu.

 

Kami hanya menyediakan perkhidmatan perjalanan KL- Seremban sahaja

Bas4

 

Daripada apa yang dijelaskan oleh Fikri, tiket bas yang dibeli itu sahih tapi tak tahu lah bagaimana modus operandi orang tu. Mujurlah rakannya itu selamat, apa pun mohon agar anda semua berhati-hati.

 

Baca: “Puk*mak betul lah, kau turun sekarang!”- Gadis ‘Sound’ Lelaki Gila Seks Lepas Kantoi Tengah Gosok K*nek Dalam Bas

Bass

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.