in

“Dia di pusat pemulihan, bukan penjara” – Saiful Apek Minta Henti Spekulasi Mengenai Yassin

saiful apek yassin bukan dipenjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata ahli kumpulan Senario mengakui sangat terkesan dengan ketiadaan rakan pelawak mereka iaitu Yassin Yahya sejak beberapa bulan lalu.

Terbaharu, Saiful Apek sebagai sahabat rapatnya memaklumkan Yassin yang ditahan di Arab Saudi bakal pulang ke tanah air sebelum Aidilfitri ini.


Apek berkata, sebelum ini semua anggota Senario mengunci mulut bagi menghormati perasaan keluarga Yassin.

Artikel berkaitan: “Dia sedang menambah ilmu” – Azlee Minta Tunggu Khabar Gembira Mengenai Yassin

“Selama ini kami berdiam diri kerana menghormati pihak keluarga Yassin, tapi melalui maklumat keluarga yang saya terima dia akan balik sebelum Aidilfitri ini.

“Saya tak kisah orang nak cakap saya berat sebelah atau sengaja nak ‘cover line’, tapi apa yang boleh saya katakan, Yassin mungkin tidak pandai mana, tapi dia juga tak bodoh.

“Di Arab Saudi, jika terbabit dalam kes seperti ini (dadah), hukumannya hudud, tiada pelepasan untuk dua atau tiga bulan,” kata Apek.

gv8 profile microsite apek yassin

Yassin berada di pusat pemulihan, bukan penjara

Menurut Apek, Yassin tidak ditahan di penjara sebaliknya sedang menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

“Berat badan Yassin bukan sahaja bertambah dari ‘s’ ke ‘m’, tetapi lebih membanggakan, sudah katam 20 juzuk al-Quran,” ujarnya yang pernah bercakap dengan Yassin melalui panggilan video di aplikasi Zoom.

Sehubungan itu, Apek menyeru agar semua pihak menghentikan segala spekulasi yang berlegar dan meminta untuk menunggu tuan badan sendiri yang menjelaskan apa yang berlaku.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang pelawak ditahan di Jeddah selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja, namun tidak mendedahkan identitinya.

Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman selama enam bulan di negara itu. Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.