in

“Dia bergelek takpe” – TikToker Dikecam Gara-Gara Minta Konsert Coldplay Dibatalkan

Ft Cikgu Ayu Kena Kecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pempengaruh TikTok yang diikenali sebagai Cikgu Ayu baru-baru ini menerima kritikan ramai selepas mengeluarkan satu video di aplikasi berkenaan bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan konsert kumpulan Coldplay yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menurut video yang dimuatnaik oleh Cikgu Ayu, PMX perlu menunjukkan yang beliau merupakan perdana menteri yang baik dengan membatalkan konsert tersebut.


Tambahnya lagi, tatkala penduduk Palestin sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan dan merana dek serangan yang berlaku di Gaza tetapi di Malaysia, rakyatnya sedang berseronok dengan konsert (Coldplay).

Artikel berkaitan : “Kecam tak jadi apapun” – PU Amin Minta Agamawan & Selebriti Henti Berbalah Isu Konsert Coldplay

Artikel berkaitan : “Sesiapa yang tak suka dengan kedatangan kami, kami minta maaf…” – Vokalis Coldplay

Namun, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kenyataan Cikgu Ayu tersebut dan ada yang mengejeknya dengan mengungkit hal dirinya yang pernah melakukan tarian zumba di khalayak ramai.

Screenshot 2023 11 20 131603 Horz

Tambah netizen, TikToker ini cuba menunggang isu Palestin serta Coldplay sambil menyelit hal-hal politik seperti apa yang disebutkan dalam video berkenaan seperti bacaan Qunut dan sebagainya walhal dia sendiri tidak sempurna apabila terdapat video dirinya menari di atas pentas berlatarkan lagu hindustan.

Ada juga mempersoalkan tindakan Cikgu Ayu berkenaan yang hanya ‘lantang’ mengenai penganjuran konsert Coldplay tetapi berdiam ketika banyak lagi acara yang melibatkan hiburan ada di Malaysia ketika ini.

Cats 38

Menurut perkongsian di X, video berkenaan sudah dipadam oleh Cikgu Ayu, namun ianya sempat dimuat naik oleh ramai pihak di platform lain.

Pun begitu, tatkala situasi semasa di Gaza ketika ini, ramai je yang yang tak sanggup nak bersuka ria dikala mereka di palestin sengsara, namun dalam isu ini, konsert berkenaan juga sudah dirancang jauh lebih awal dan bukan semudah itu ianya nak dibatalkan, melibatkan banyak pihak.

Apa pendapat korang?

Sumber : X

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.