in

Destinasi Syurga Bali Kian ‘Mati’, Penduduk Terpaksa Turun Ke Laut Demi Kelangsungan Hidup

Featured Bali Finalised

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut tentang Bali, umum mengetahui Bali merupakan sebuah tempat pelancongan yang terkenal di Indonesia kerana dikelilingi oleh laut yang membiru serta kaya dengan pelbagai jenis hidupan laut.


Bukan itu sahaja, Bali juga terletak berhampiran dengan pulau-pulau terkenal dalam industri pelancongan antaranya Nusa Penida, Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan.

Namun, gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda Indonesia, pantai-pantai indah yang terletak di Bali semakin kurang mendapat sambutan pelancong. Antara pulau yang terjejas termasuklah Nusa Lembongan.

Kerana ketiadaan pelancong, Nusa Lembongan yang sebelum ini dianggap sebagai destinasi ‘syurga’ itu kian sepi dan seterusnya mengakibatkan ekonominya menjadi semakin tenat.

Disebabkan itu, penduduk tempatan terpaksa turun semula ke laut untuk kelangsungan hidup.

Lapor Astro Awani, ramai penduduk dilihat membawa bakul-bakul berisi rumpai laut untuk dijual kepada pihak yang sanggup membeli.

Saya rasa sedih kerana kami kehilangan kerja dan perlu bermula semula dengan tiada apa-apa”- Gede Darma Putra/Penduduk tempatan

 

Negara kedua terbesar pengeluar rumpai laut

Untuk pengetahuan, perusahaan rumpai laut di Pulau Bali telah pupus sejak kira-kira sedekad lalu.

Namun, sejak penularan wabak Covid-19 ini, perusahaan ini kembali aktif diusahakan oleh penduduk bagi menampung hidup disamping bersandarkan kepada prospek bahawa Indonesia merupakan negara kedua terbesar pengeluar rumpai laut di dunia setelah China.

Pulau 1

Bagaimanapun, perusahaan rumpai laut bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Hasil pulangan juga tidaklah sehebat dunia pelancongan.

Proses utama rumpai laut adalah dengan mengeringkannya terlebih dahulu. Kemudian rumpai laut ini akan diproses dan dieksport untuk sektor pemakanan dengan hanya memberi pulangan sebanyak 12,000 Rupiah (RM3.40) sekilo.

Secara puratanya, pengeluaran rumpai laut ini memberi pulangan sebanyak AS$400 (RM1,650) sebulan.

Menurut Jaringan Sumber Daya (Jasuda) Indonesia, Boedi Sarkana Julianto, nilai pendapatan itu adalah separuh daripada pendapatan yang diperoleh sebelum pandemik.

 

Tidak boleh bergantung pada sektor pelancongan

Ketua Lembaga Pelancongan Bali, I Putu Astawa berkata, sokongan daripada pelancong masih diperlukan kerana katanya…

Pertanian tidak akan memulihkan semula ekonomi Bali

Namun, bagi sesetengah penduduk tempatan, pandemik tersebut telah membawa pengajaran bahawa tidak boleh terlalu bergantung pada sektor pelancongan semata-mata.

 

Apa-apa pun, segala pendapatan tak kira sektor yang mana pun adalah rezeki. 

Baca: Mickey Mouse pun kena buang – Disneyland Bakal Buang 28,000 Pekerjanya Akibat Covid-19

Mickey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.